Projek Residensi Prihatin Wilayah Persekutuan 2021
Isi Kandungan
Pengenalan
Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan Residensi Prihatin baru – baru ini. Program ini adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan peningkatan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan.
Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada golongan muda dan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dibawah harga pasaran.
Projek Residensi Prihatin
Terdapat dua projek yang akan dibangunkan dan setiap rumah berjumlah sehingga RM200,000:
- Residensi Prihatin Kenanga (Pangsapuri)
- 984 unit
- Residensi Prihatin Melur (Pangsapuri)
- 688 unit
- Setiap rumah keluasan 750 kaki persegi lengkap dengan:
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- dapur, ruang tamu, ruang makan
- 1 tempat letak kereta (berbumbung)
Syarat – syarat Permohonan Projek Residensi Prihatin
Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum anda memohon, antaranya adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
- Permohonan rumah pertama sahaja
- Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
- Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin
Kelebihan Projek Residensi Prihatin
Antara kelebihan projek ini kepada rakyat jelata adalah:
- Kemudahan awam yang lengkap
- Rumah yang berkualiti dengan pengiktirafan QLASSIC
- Untuk golongan belia bagi memiliki rumah pertama
- Harga mampu milik
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menginginkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari melalui portal Residensi Prihatin yang rasmi:
https://residensiprihatin.kwp.gov.my
Artikel lain : Bantuan Komputer Riba, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021, Program Jana Niaga Biasiswa Degree Pendidikan, Program MHexplorer