Koleksi Simpulan Bahasa
Koleksi Simpulan Bahasa
Koleksi Simpulan Bahasa ini adalah himpunan beberapa simpulan bahasa beserta maknanya, dan juga contoh ayat untuk lebih menjelaskan maksud simpulan bahasa terbabit.
Isi Kandungan
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Ungkapan yang biasanya yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Simpulan bahasa biasanya membawa maksud yang tepat dan padat
Simpulan Bahasa juga mempunyai makna berlapis, iaitu makna yang tersirat serta berlainan daripada makna asalnya.
Contoh ayat pertama:
Walaupun berpendapatan kecil, Alia ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.
Maksud:
Ada hati – mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan.
Contoh ayat kedua:
Ahmad membawa buah tangan untuk nenek ketika dia pulang ke kampung pada Ahad lepas.
Maksud:
Buah tangan – Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
Di sini kami kongsikan beberapa simpulan bahasa beserta maknanya untuk bacaan dan pemahaman semua.
Simpulan Bahasa | Maksud |
Ada angin | Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
Ada hati | Mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
Air muka | Rupa atau wajah seseorang |
Ajak-ajak ayam | Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
Ada bakat | Mempunyai tokoh atau perwatakan |
Alas perut | Makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
Anak angkat | Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
Anak bapa | Anak yang disayangi oleh bapa |
Anak buah | Orang yang dibawah jagaan seorang ketua; Anak saudara |
Anak emas | Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
Angkat kaki | Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
Atas angin | Negara-negara di sebelah Barat |
Atas pagar | Tidak menyebelahi mana-mana pihak |
Ayam tambatan | Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
Bahasa pasar | Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
Banyak mulut | Orang yang banyak bercakap |
Batu api | Orang yang suka menghasat |
Batu loncatan | Sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
Bau-bau bacang | Tali persaudaraan yang jauh |
Bawah angin | Negara-negara di sebelah Timur |
Bekas tangan | Hasil kerja tangan seseorang |
Beralih akal | Berubah fikiran atau pendapat |
Beralih angin | Pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
Berat hati | Enggan; malas |
Berat mulut | Pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
Berat tulang | Orang yang malas bekerja |
Berat sebelah | Tidak berlaku adil |
Berbelah bagi | Sukar untuk membuat keputusan |
Berhati batu | Degil dan sukar menerima nasihat |
Berhutang budi | Patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
Bermuka dua | Tidak jujur |
Bertikam lidah | Bertengkar; Berdebat |
Besar hati | Bergembira atau berbangga akan sesuatu |
Besar kepala | Degil; Sukar menerima pandangan orang lain |
Buah hati | Orang yang dikasihi atau dipuja |
Buah mulut | Sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
Buah tangan | Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
Bulat hati | Bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; Sudah nekad |
Buruk siku | Mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
Buta hati | Tidak dapat menerima pengajaran; Zalim; Kejam |
Nota Simpulan Bahasa
Dapatkan ” Koleksi Simpulan Bahasa ” di sini
Koleksi simpulan bahasa yang dikongsikan ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan bahasa Melayu terutamanya. Di sini admin nak kongsikan bahan-bahan koleksi tersebut. Sila download menggunakan beberapa link yang telah disediakan.
Format dokumen-dokumen ini adalah dalam bentuk ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA.
- Download : Nota Simpulan Bahasa
- Download : Soalan Simpulan Bahasa
- Download : Contoh Ayat Simpulan Bahasa
Untuk lebih lagi contoh serta maksud simpulan bahasa, soalan-soalan, serta contoh ayat simpulan bahasa, anda boleh download dokumen-dokumen Koleksi Simpulan Bahasa menggunakan pautan di atas. Semoga bermanfaat.
Penutup
Akhir kata, diharap perkongsian Koleksi Simpulan Bahasa ini memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Dengan berbekalkan ilmu daripada perkongsian kali ini, diharap pelajar-pelajar dapat berjaya cemerlang dalam peperiksaan mereka kelak.
Nak dapatkan tips untuk belajar cemerlang? Baca tentang 7 Tips Belajar Cemerlang di pautan ini: 7 Tips Belajar Cemerlang
Untuk dapatkan lebih lagi nota-nota atau tips belajar, klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy
Artikel berkaitan:
KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 6
KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 5
KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 4