Cara isi borang e-Filling online cukai pendapatan 2021
Cara isi borang e-Filling online cukai pendapatan 2021. Berita baik bagi yang ingin menggunakan kaedah penghantaran cukai pendapatan yang mudah, cepat dan selamat. Berikut sedikit perkongsian mengenai cara isi borang e-Filling online cukai pendapatan 2021 LHDN secara online.
Pada tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun merupakan tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan dalam tahun yang ditaksir.
Untuk maklumat, e-filling adalah satu kaedah untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara eletronik melalui internat. Walaupun tidak wajib (kecuali Borang E), pembayaran cukai digalakan menggunakan e-Filling kerana Keadah ini lebih cepat dan Mudah untuk dilakukan.
Isi Kandungan
Cara ini borang e-Filling online
cukai pendapatan 2021
Berikut merupakan cara untuk mengisi borang e-Falling secara online pada tahun 2021
1.Log Masuk
Fungsi ini digunapakai oleh pengguna samada individu atau organisasi. Setiap pengguna mestilah
mengaktifkan No.PIN dahulu pada Login Kali Pertama bagi memperoleh sijil digital terlebih dahulu.
i. Layari pautan https://ez.hasil.gov.my/.
ii. Masukkan No.Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik butang Hantar.
2. e-Borang
Pengguna akan dipaparkan skrin Perkhidmatan apabila telah berjaya log masuk sistem ezHASiL.
i. Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah.
ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.
iii. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu:
a. Maklumat Individu
b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan
Yang Belum Dilaporkan
c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
d. Rumusan
3. maklumat Individu
Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori
untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang
seterusnya.
a. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
b. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris
4. Pendapatan berkanun (Cara isi borang e-Filing online)
i.Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun
Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan.
Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.
ii. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi
maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan
pada simbol
5.Rumusan (Cara isi borang e-Filing online)
Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai
“Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula
rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan
untuk menghantar pengisytiharan borang.
6.Akuan
Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:
a. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk .PDF
b. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang
c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya
Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.
7. Tandatangan dan hantar borang
Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan.
Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah
diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan
sebelum ini.
8. Pengesahan penerimaan borang cukai pendapatan (Cara isi borang e-Filing online)
Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di atas akan
dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :
a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Untuk menyimpan dan mencetak slip
pengesahan penerimaan borang.
b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang
kategori Pembayar Cukai
Terdapat dua (2) kategori pembayar cukai iaitu sepertiberikut :
i) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Siji l Digital
Mereka yang sudah mendaftar SijilDigitalboleh melayari Lamanweb ezHASIL untuk mengisi borang cukaidi pautan ezHasil. Pembayar cukaiboleh mengakses borang cukaidengan memasukkan No. Pengenalan Baru dan Kata Laluan. Untuk makluman dan bermula daritarikh 1Oisember 2015, Kata Laluan mestilah mempunyai8 hingga 12 aKsara,kombinasiabjad dan nombor seperti berikut :-
- Sekurang-kurangnyasatu (1) nuruf besar
- Sekurang-kurangnyasatu (1) nuruf kecil
- TIDAKmengandungiaksara khas atau simbo (Contoh :pAssword123)
- Sekurang-kurangnya satu(1) nombor.
ii) Pembayar Cukaiyang belum mendaftar Sijil Digital
Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad.la digunakan untuk mengesahKan idenliliatau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukGfl transaksisecara dalam talian.
Permohonan No. PIN lndividu boleh dibuat melalui cawangan LHDNM yang berdekatan. Permohonan nombor pin e-Filing Organisasipula boleh dibuat melalui saluran berikut:-
- CawanganLHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTCY Pusat Khidmat Hasil (PKH}
Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut :-
- 1.BorangCP55B yang lengkap diisi
- Borang49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
- Suratlantikan sebagaiWakilSyarikat :Jika CP55B ditandatanganioleh individu selain Pengarah Syarikat
- Salinankad pengenalan/ pasport Pengarah Syarikat atau WakilSyarikat
Maklumat Lanjut
- Paneluancara mengisiborang efilling boleh dimuat turun atau didownload di ezHasil
Lupa Kata laluan
- Jikamempunyaie-mel berdaflar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan atau
- Jikamempunyai no telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM,sila mohon Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS atau
- Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan cara isi borang e-Filling online cukai pendapatan 2021 memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik untuk dibaca: Kelawar gergasi yang menakutkan di benua afrika