Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Guru Terkilan Hanya Seorang Pelajar Hadir Kelas Tambahan

Guru terkilan boleh menyebabkan ilmu yang dipelajari tidak diberkati, malah menyukarkan lagi para pelajar untuk menjawab kertas soalan peperiksaan.

Pelajar tingkatan 5 2020 ketika ini tentunya sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah ujian tersebut terpaksa ditangguhkan sejak Disember tahun lepas.

Perkara ini berlaku ekoran kes harian Covid-19 yang mendadak naik dan membimbangkan.

Memandangkan tempoh pembelajaran sepanjang tahun lalu agak mencabar susulan penutupan sekolah , guru-guru tetap tidak berputus asa untuk mencurahkan ilmu dan membuat ‘pecutan akhir’ demi memastikan para pelajar dapat menjawab kertas peperiksaan dengan sebaik mungkin.

Tidak terkecuali bagi seorang guru wanita ini yang telah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar kelasnya ketika hari senggang peperiksaan baru-baru ini.

Namun begitu, apa yang menyedihkan buat guru wanita ini adalah apabila usahanya ternyata sia-sia kerana hampir keseluruhan pelajar tersebut tidak menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan.

Kisah guru tersebut diceritakan oleh anaknya menerusi laman sosial Twitter yang sehingga kini telah meraih 15,000 retweet.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ammar berkata, ibunya yang mengajar subjek Sains untuk tingkatan 5 itu sudah membuat hebahan menerusi Whatsapp pada malam sebelumnya tentang kelas tambahan tersebut.

Isi Kandungan

Guru Terkilan Usaha Tidak Dihargai

“Malam sebelumnya ibu dah war-warkan..siap beritahu ‘Cikgu nak belanja sarapan’ sebab kelas tambahan diadakan  pada waktu pagi. Keesokannya ibu pun beli 14 bungkus sarapan untuk pelajarnya yang seramai 14 orang.

“Tunggu punya tunggu, sampai pukul 9 pagi hanya ada seorang pelajar yang datang. Ibu mengajar macam biasa sambil menunggu pelajar lain yang mungkin lewat sampai.

“Tapi sampai habis kelas pun, hanya seorang pelajar saja yang datang. Ibu sedekahkan sarapan untuk pelajar kelas lain dan bawa pulang empat bungkus. Anak mana yang tidak sedih bila jadi macam ni,” cerita pemuda berumur 22 tahun itu.

Menurut Ammar, ibunya ada meluahkan rasa terkilan dengan situasi tersebut namun mengambil pendirian untuk bersangka baik.

“Ibu husnodzon saja…mungkin mereka ada hal hari sabtu tempoh hari.. sebab tu tak dapat hadir. Kita faham mungkin ada yang susah nak keluar lebih-lebih lagi ketika pandemik sekarang.

“Tapi apa salahnya respon dalam Whatsapp dan beritahu guru mereka. Ibu saya expect pelajarnya akan datang sebab tiada yang inform mereka tak nak datang.

“Masa kelas berlangsung hari tu pun, ibu ada tanya lagi tapi seorang pun tak respon,” katanya.

Guru Terkilan Hanya Seorang Pelajar Hadir Kelas Tambahan 1

Pelajar menduduki peperiksaan SPM dengan mengikuti norma baharu. Gambar hiasan. Kredit Gambar – Utusan

Adab Sebelum Ilmu

Bercerita mengenai ibunya sebagai seorang guru  dari kata macanya, Ammar berkata wanita tersebut sudah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama hampir 22 tahun.

“Ibu juga merupakan seorang yang sangat tidak lokek kalau membabitkan pelajar. Pernah sebelum ini, bila ada pertandingan menghias kelas, ibu sanggup sponsor wang. Siapa sangka kelasnya menjadi juara dalam pertandingan itu,” ceritanya sambil menambah, ibunya merupakan seorang yang sangat komited.

Tambah pemuda ini, dia sekadar membuat perkongsian tersebut untuk memberi kesedaran kepada para pelajar khususnya agar menghargai pengorbanan guru dan menjaga adab dengan insan berkenaan.

“Cubalah kalau apa yang guru kita buat walaupun kecil, tolong hargai. Bagi saya yang penting adalah adab, result tu nombor dua. Saya tak kata semua, hanya segelintir sahaja bersikap seperti itu.

“Apapun, kepada semua calon, selamat maju jaya dan buatlah yang terbaik untuk banggakan ibu bapa, guru dan sekolah. Buktikan bahawa pandemik ini bukan alasan untuk kita dapat keputusan yang bagus,” katanya lagi.

Perkongsian ini turut mendapat komen daripada netizen yang turut bersimpati dan kecewa dengan perangai yang ditunjukkan oleh para pelajar tersebut. Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman ibu masing-masing yang bertugas sebagai seorang guru, turut pernah mengalami nasib yang serupa.

Penutup

Lantaran itu, kita sebagai seorang penuntut ilmu tidak kira sebagai pelajar sekolah atau universiti atau di mana-mana tempat menuntut ilmu sekalipun seharusnya menjaga adab berguru dan mengelakkan daripada membuat guru terkilan.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Guru Terkilan Hanya Seorang Pelajar Hadir Kelas Tambahan ini dapat memberi manfaat buat semua.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Latih Tubi Lengkap Soalan SPM Matematik Tambahan 

Latih Tubi Lengkap Soalan SPM Matematik

Koleksi Kuiz Online Tingkatan 5

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More