Permohonan Pendaftaran SRA JAWI 2022 Tahun 1 Bermula 9 Mac 2021
Permohonan Pendaftaran SRA JAWI 2022 kemasukan murid tahun 1 Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dibuka untuk permohonan tahun 1 sesi 2022.
Isi Kandungan
PERMOHONAN PENDAFTARAN SRA JAWI 2022
Apa itu SRA JAWI ? Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kuala Lumpur ialah merupakan sekolah di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).
Sekolah ini dibuka adalah dengan permintaan dari masyarakat setempat yang menginginkan anak-anak di bawah jagaan mereka mendapat didikan agama khususnya dalam menghadapi berbagai cabaran yang mendatang.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan dibuka bermula 9-31 Mac 2021 secara atas talian (online).
Borang permohonan manual juga boleh didapati pada ketetapan berikut :
- Tarikh: 09 hingga 31 Mac 2021
- Tempat : Pejabat sekolah
- Masa. : 8.30 pg – 12.00 tghri, 2.30 – 4.00 ptg
CARA PERMOHONAN / PENDAFTARAN SRA JAWI ONLINE
Permohonan pendaftaran kemasukan murid tahun satu 2022 seperti berikut :
Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 perlu mendapatkan QR KOD dan mengisi borang online.
QR KOD dapat diperolehi melalui:
- Laman Web Jabatan JAWI (FB)
- FB Sekolah
- Sekolah yang dipohon
- Banner (seperti yang di bawah)
Ibubapa/Penjaga mengimbas QR KOD dan isikan data yang diminta dan hantar.
Tarikh akhir pengisian sebelum atau pada 31 Mac.
SENARAI SRA JAWI
Senarai Sekolah Rendah Agama JAWI boleh dilihat di pautan ini:
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran SRA JAWI bermula 21 Mei 2021.
Jika berjaya, ibu bapa perlu membuat pengesahan pendaftaran di sekolah yang dipohon.
Dokumen yang perlu disertakan semasa pengesahan pendaftaran adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Lahir anak
- Salinan Sijil Lahir anak (1 keping)
- Salinan Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga (1 keping)
- Salinan surat nikah/surat cerai ibubapa
- Salinan bil utiliti (letrik, air untuk bukti tempat tinggal).
- Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan)
- 3 keping anak gambar berukuran passport.
Berikut disertakan Carta Alir Proses Permohonan Pendaftaran Kemasukkan Murid Tahun Satu (2022).
MAKLUMAT LANJUT
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur
Tel: 03-22749333
Faks: 03-22731575
Emel: [email protected]
PENUTUP
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Permohonan Pendaftaran SRA JAWI 2022 Tahun 1 Bermula 9 Mac 2021 ini membantu anda.
Anda juga mungkin berminat :
Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Bermula 10 Mac
Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon
Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021