Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor
Isi Kandungan
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
Permohonan untuk satu bantuan khas bagi kaum ibu telah dibuka oleh Kerajaan Negeri Selangor. Hal ini kerana Kerajaan Negeri Selangor telah mengiktiraf peranan penting pada kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak – anak.
Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas. Peserta program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).
Syarat Kelayakan KISS
Antara syarat – syarat utama bagi layak membuat permohonan KISS ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal)
Cara Membuat Permohonan
Terdapat dua cara untuk membuat permohonan KISS ini iaitu;
-
Secara Atas Talian
- Anda boleh layari laman web www.kiss.com.my
-
Secara Manual
- Borang pendaftaran boleh dimuat turun di pautan ini MUAT TURUN BORANG PROGRAM KISS atau anda boleh ambil di
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua – ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
- Borang pendaftaran boleh dimuat turun di pautan ini MUAT TURUN BORANG PROGRAM KISS atau anda boleh ambil di
Manfaat KAD KISS
Antara kebolehan permohonan kad KISS ini adalah;
- Setiap ahli yang layak dapat kad KISS
- Boleh diguna dikedai / pasaraya yang berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas RM200
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad KISS ditambah nilai ke tahap RM200 setiap bulan secara automatik
Cara Penggunaan Kad
Disertakan cara – cara penggunaan kad KISS;
- Peserta KISS pergi ke kedai / pasaraya berdaftar
- Peserta memilih barangan keperluan asas
- Peserta memberikan kad KISS kepada juruwang dikaunter pembayaran
- Peserta menyemak baki kad sebelum membuat pembayaran
- Juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih secara automatik menggunakan sistem POS (Point of Sale)
- Hanya barangan yang tersenarai akan diluluskan untuk pembelian yang akan ditapis oleh sistem POS
- Juruwang akan memasukkan Kad KISS ke dalam terminal pembayaran
- Peserta perlu menekan nombor PIN di terminal pembayaran
- Resit akan dicetak memaparkan baki awal, senarai barangan yang dibeli dan baki akhir.
Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan
Nota: Hanya barangan tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih
Panduan Harga Pengguna
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi
- No Telefon
- 1800 22 6600
- No Faks
- 03 5525 6900
- Emel
Artikel lain: PeKa B40, Biasiswa ASEAN