Pembayaran i Sinar Kategori 1 Pada Bulan April 2021
Isi Kandungan
i-Sinar Kategori 1
Mengikut pengumuman daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran i Sinar Kategori 1 untuk bulan Mac telah diawalkan dan dibayar pada hujung Februari lalu. Hal ini disebabkan pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac. Oleh itu, tiada pembayaran yang akan dilaksanakan pada bulan Mac.
Pembayaran Pembayaran i Sinar Kategori 1 Seterusnya
Terdapat sumber mengatakan bahawa pembayaran seterusnya akan bermula pada April, ia menjadi kenyataan. Kenyataan terkini oleh pihak KWSP yang diberikan melalui i-Akaun menunjukkan bahawa pembayaran akan bermula mengikut seperti dijadualkan seperti dibawah;
- 1 April 2021
- Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April pada 1 April dan seterusnya mengikut batch anda.
- Anda boleh rujuk tarikh pembayaran melalui i-Akaun anda.
- Untuk makluman, pembayaran ini hanya melibatkan pemohon yang layak pada Januari 2021 bukan permohonan tanpa syarat yang dilaksanakan pada 8 Mac lalu.
Maklumat Tambahan Pembayaran i Sinar Kategori 1
- PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT
- Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.
- PEMBAYARAN GAGAL KREDIT
- Jika tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.
Semakan Status Pembayaran i Sinar Kategori 1
- Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status kelulusan akan dipaparkan
- Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun
Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui i-Akaun di laman web https://kwsp.gov.my atau melalui apps tersebut.
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/
- Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian WITHDRAWAL
- Klik WITHDRAWAL HISTORY
- Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh pembayaran
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Artikel lain: Biasiswa Sime Darby, Tajaan Biasiswa Penuh PICOMS