Sumber Rujukan Globalisasi Anda

8 Doa Untuk (Depression, Anxiety, Bipolar) Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood

Musim sekarang semakin ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan penyakit Anxiety, Depression dan Bipolar. Jadi pada kali ini kami akan kongsikan bacaan doa yang mungkin boleh diamalkan oleh mereka yang sedang diuji dengan kecelaruan mood ini.

Doa Depression, Anxiety dan Bipolar

Depression
Depression

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau sahaja yang tahu betapa gundah gulanya hati, jiwa & fikiran kami.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau sahaja yang tahu betapa perit dan sakitnya apa yang kami lalui ini.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau sahaja yang tahu betapa sukarnya kami hendak mengawal semua ini.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tahu bahawa kami bukanlah hambaMu yang meminta ujian ini. Kami redha dengan ujianMu yang berat ini ya Allah. Janganlah Engkau berikan kami ujian melebihi kemampuan kami.

Ya Allah,
Tenangkanlah hati, jiwa dan fikiran kami. Stabilkan mood kami. Rasionalkan pemikiran kami. Berikan kami kekuatan untuk gagah menjalankan tanggungjawab kami di muka bumi ini.

Ya Allah,
Berikanlah kefahaman kepada ibu bapa kami, ahli keluarga kami, guru-guru dan pensyarah kami, majikan kami serta rakan-rakan kami untuk memahami erti penyakit ini. Jauhkan mereka daripada sifat judgmental dan menghukum. Ampunkanlah mereka jika mereka masih jahil ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka untuk melihat kebenaranMu.

Ya Allah,
Dengan setiap detik kesakitan ini, ampunkan segala dosa-dosa kami yang sengaja dan tidak sengaja. Kurniakanlah kami pahala berganda-ganda dalam setiap usaha kami untuk beramal walaupun kecil ya Allah.

Ya Allah,
Masukkanlah kami dalam syurgaMu.

Sesungguhnya dalam syurgaMu nanti akan hilanglah segala kesedihan, kerisauan dan ketidakstabilan mood kami.

8 Doa Untuk (Depression, Anxiety, Bipolar) Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood 1

Ameen ya Rabbal Alamin.

Mohd Akif Farhan Ahmad Basri.
Ahli Psikologi Klinikal
Panel Psikospiritual IKRAM

Sumber: FB @Akif Basri

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More