Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Kepada mereka yang telah membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT), semakan BKIT ini boleh dibuat melalui portal rasmi Jabatan pembangunan wanita. Portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita telah pun memaparkan kategori pemohon bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal atau BKIT. Berikut adalah kategori pemohon:

Isi Kandungan

KATEGORI PEMOHON

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi sebagai perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
  3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Oleh itu, mereka yang memenuhi kriteria di atas layak untuk digelar ibu tunggal. Kepada mereka yang layak memohon dan telah membuat permohonan, semakan status permohonan boleh dibuat secara atas talian.

CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN 

  1. Sila layari laman web https://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon
  2. Isi No. IC pemohon

Cara Memohon Jika Tidak Membuat Sebarang Permohonan

Dibawah merupakan langkah membuat permohonan yang telah dibuat adalah secara atas talian (online) atau manual (muat turun boring permohonan).

  • Permohonan secara online

Para pemohon boleh mengisi permohonan melalui pautan yang diberi https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/?lang=en

Pemohon diperlukan mengikut langkah – langkah yang diberikan seperti berikut:

  1. Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.
  2. Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil
  3. Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
  4. Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.

Anda diperlukan memilih negeri penempatan anda untuk mendapat borang permohonan SKIT

  • Permohonan secara manual

Atau pemohon boleh mendapatkan BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL di laman  https://www.jpw.gov.my/muat-turun/ dan sila ikuti arahan yang diberikan.

semakan

Maklumat Lanjut 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi;

  • No. Telefon = +603 8000 8000
  • Emel = [email protected]
  • Alamat:
    • Jabatan Pembangunan Wanita,
    • Kementerian Pembangunan Wanita,
    • Keluarga dan Masyarakat,
    • Aras 23-25, No.55,
    • Persiaran Perdana, Presint 4,
    • 62100 Putrajaya, Malaysia.

Artikel lain: RM883juta Bantuan GKP Tambahan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More