Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Status Bantuan JKM 2021

Isi Kandungan

11 Bantuan JKM 2021

Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori dibawah. Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Pemohon mendapat minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

2. Elaun Pekerja Cacat

Pemohon mendapat RM400 sebulan. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,200.00  dan ke bawah;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Pemohon akan mendapat RM250 sebulan. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan (pencen/perkeso/bantuan & lain) bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Pemohon mendapat RM350 sebulan seorang. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

5. Bantuan Orang Tua (BOT)

Pemohon mendapat RM350 sebulan seorang. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

6. Bantuan Am Persekutuan

Pemohon mendapat RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Pemohon mendapat RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih. Pemohon merupakan keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak – kanak seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Pemohon mendapat RM200 sebulan seorang. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau  bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)

Bantuan semaksimum RM2,700 sekaligus. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)

Pemohon perlu mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan. Sumbangan daripada keluargaa membiayai sebahagian daripada kos alat tiruan / alat sokongan amat digalakkan. Pemohon perlu mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JKM seperti berikut:

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;   ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Dibawah merupakan contoh peralatan sokongan:

JENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat
  • Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)

11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

Tabung mempunyai kadar seperti berikut:

  • Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
  • Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

Tarikh Pembayaran

jkm

Semakan Status Permohonan

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Artikel lain: Biasiswa Gadang, Biasiswa Top Glove

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More