Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

Cara Menyemak Markah Prestasi Di HRMIS ini bertujuan untuk memberi rujukan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan. Di sini admin menyenaraikan langkah-langkah mudah untuk menyemak markah prestasi di laman web HRMIS ini.

Isi Kandungan

Cara Semak Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan di HRMIS

  1. Buka laman web HRMIS, masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan di sini : https://hrmis2.eghrmis.gov.my
  2. Dari Laman Utama HRMIS , di bawah modul Pengurusan Prestasi, klik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan, pilih Penilaian Prestasi.
  3. Tekan pada Fungsi (atas kiri) dan ambil Penilaian Prestasi.
  4. Klik Pegawai Yang Dinilai.
  5. Penilaian Prestasi – Plilih Tahun Penilaian.
  6. Paparan Markah akan keluar seperti gambar. Anda boleh tekan cetak untuk save dalam bentuk PDF. Slip Ini dinamakan SLIP KEPUTUSAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

NOTA : Pastikan anda memasukkan Kata Laluan HRMIS yang betul, jika 3 kali salah anda akan disekat, oleh itu sila berhati-hati.

Apa Yang Patut Dilakukan Sekiranya Akaun Kita di “Block” ?

Jika di block, sila dapatkan bantuan Pembantu Tadbir di Sekolah anda. Mungkin juga ada yang tidak dapat menyemak Markah Prestasinya lagi, boleh jadi ia belum disahkan lagi oleh pentadbir atau ketua jabatan anda.

 

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

 

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS 1

” Pertanyaan berkaitan markah prestasi boleh berhubung dengan Urus Setia PPSM masing-masing dalam tempoh 30 hari dari tarikh diumumkan ”

PENAFIAN

Pihak JPA hanya memaparkan peratusan markah akhir oleh Panel Penilaian Sumber Manusia (PPSM) masing-masing. Pihak JPA tidak bertanggungjawab dalam sebarang keadaan, kesahihan peratusan markah akhir ini. Semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS dapat memberi manfaat buat anda semua.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More