Permohonan Bantuan Kewangan Didik Anis Dibuka Sehingga 30 April 2021
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Didik Anis
Antara syarat yang ditetapkan oleh YAWAS bagi Bantuan Kewangan Didik Anis adalah seperti berikut:
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
- Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor
- Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
- Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
- Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
Cara Permohonan Bantuan Kewangan Didik Anis
Anda boleh ikuti langkah – langkah yang disediakan ini:
- Pemohon boleh memohon secara atas talian
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
- Permohonan boleh dihantar kepada :
- Emel [email protected] ATAU
- Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran ATAU
- Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor.
Dokumen Sokongan
Anda perlu membawa perkara dibawah:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan.
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan anak istimewa
- Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
- Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my
Maklumat Lanjut
Anda boleh rujuk pada pautan ini untuk maklumat lebih lanjut:
- Facebook YAWAS
- Anis Selangor
Artikel lain: Rayuan Haji THiJARI