Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Doa Dipermudahkan Segala Urusan adalah doa memohon kepada Allah SWT supaya urusan kita dipermudahkan dan lancar urusan yang ingin kita lakukan.

 

Isi Kandungan

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

 

Tidak kira kita dalam keadaan senang ataupun susah, kita perlu sentiasa ingat serta bergantung dengan Allah. Kehidupan tak sentiasanya indah seperti yang kita gambarkan, kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada kita esok hari nanti. Oleh itu, kita hanya mampu bertawakal dan berdoa pada Allah supaya dipelihara serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini. Di sini kami kongsikan beberapa bentuk doa dipermudahkan segala urusan, untuk amalan semua.

Doa Dipermudahkan Segala Urusan 1

(Doa Nabi Yunus AS)

 

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

 

Maksudnya:

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.“

 

Doa Dipermudahkan Segala Urusan 2

(Surah Al Baqarah, Ayat 225 :Ayatul Kursi)

 

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

 

Maksudnya:

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (Al-Baqarah:225)

 

Doa Dipermudahkan Segala Urusan 3

(Surah Al-Kahfi, Ayat 10)

 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya:

Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” (Al-Kahfi:10)

 

Doa Dipermudahkan Segala Urusan 4

(Surah Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa))

 

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya:

Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.” (Taha:25-28)

 

 

Adab Di Dalam Masjid

 

  1. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud  beribadah kerana Allah.
  2. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh.
  3. Tunaikan  solat sunat tahiyyatul masjid.
  4. Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )
  5. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.
  6. Elakkan dari  melangkah  tengkuk para jemaah yang lain
  7. Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau .
  8. Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah .
  9. Jaga kebersihan
  10. Menjauhkan diri  daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid
  11. Menjawab azab ketika berkumandang.
  12. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan.
  13. Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Dipermudahkan Segala Urusan ini dapat memberi panduan buat semua, supaya kita dapat amalkan bersama ketika kita hendak melakukan apa jua urusan. Semoga doa dipermudahkan segala urusan ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa, serta sentiasa dipermudahkan urusan.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Agar Hati Tenang

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More