Doa Masuk dan Keluar Masjid
Doa Masuk dan Keluar Masjid
Doa Masuk dan Keluar Masjid adalah doa yang harus kita amalkan ketika kita hendak masuk ke dalam masjid, serta apabila kita keluar daripada masjid.
Isi Kandungan
Doa Masuk dan Keluar Masjid
Masjid seringkali disebut masyarakat sebagai rumah Allah SWT yang berfungsi untuk menunaikan ibadah salat bagi umat muslim. Tempat ibadah umat muslim ini, juga sering dimanfaatkan untuk proses belajar mengajar pendidikan Alquran atau Ngaji. Dalam sejarah perkembangan umat muslim, masjid dinilai memiliki peranan yang begitu penting dalam penegakan agama Islam.
Allah Berfirman: Hanyalah yang memakmurkan Masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS At-Taubah 9:18)
Masjid merupakan rumah Allah SWT, yang menjadi tempat rahmat dan pengampunan-Nya. Kami kongsikan Doa Masuk Dan Keluar Masjid yang boleh dijadikan amalan kita apabila pergi ke masjid. Selain itu, disertakan juga adab-adab dan amalan yang disarankan untuk kita apabila berada di dalam masjid.
Doa Masuk Masjid
اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
“Allahummaf tahlii abwaaba rohmatik”
Maksudnya:
“Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”
Doa Keluar Masjid
اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
“Allahumma innii asaluka min fadlik”
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keutamaan dari-Mu”
Adab Di Dalam Masjid
Selain doa masuk dan keluar masjid, kita juga perlu tahu akan adab-adab ketika berada di dalam masjid.
- Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud beribadah kerana Allah.
- Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh.
- Tunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
- Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )
- Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.
- Elakkan dari melangkah tengkuk para jemaah yang lain
- Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau .
- Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah .
- Jaga kebersihan
- Menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid
- Menjawab azab ketika berkumandang.
- Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan.
- Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.
ADAB BERDOA
Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – Al Baqarah: 186
Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.
Penutup
Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Masuk dan Keluar Masjid ini dapat memberi panduan buat semua, supaya kita dapat amalkan bersama apabila kita pergi ke masjid untuk ibadah mahupun urusan lain. Semoga doa masuk dan keluar masjid ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.
Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy
Artikel berkaitan: