Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pembiayaan Agropreneur Muda

Agrobank telah membuka permohonan bagi Skim Agropreneur Muda atau Agro – Youth Entrepreneur Scheme (AGRO-YES). AGRO-YES adalah merupakan salah satu produk Agrobank bagi membantu agropreneur muda mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan dan mengembangkan aktiviti pertanian mereka.

permohonan

Isi Kandungan

Matlamat Pelaksanaan

Antara matlamat pelaksanaan AGRO-YES bagi agropreneur Malaysia seperti yang ditetapkan adalah untuk:

  • Menarik minat golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai salah satu bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.

Skop Pembiayaan

Skop pembiayaan yang layak untuk memohon pembiayaan AGRO-YES adalah:

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Asas Tani
  • Pemasaran
  • Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  • Agropelancongan

Jumlah and Tempoh Bayaran Balik

Agropreneur muda yang layak akan menerima bantuan pembiayaan daripada Agrobank samada RM50,000 atau hingga RM200,000.

Pembiayaan balik yang ditetapkan kepada pemohon adalah selama 7 tahun atau 84 bulan dengan kadar keuntungan semasa adalah sebanyak 2% setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan AGRO-YES adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan individu warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan.
  • Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
  • Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
    • Untuk Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, perkongsian
      Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM
    • Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah perlu berdaftar dengan UAM.
  • Pemohon perlu terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut.
  • Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
  • Pembiayaan bagi projek baru adalah tidak dibenarkan di bawah program ini.
  • Projek yang akan dibiayai hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan atau 1 tahun.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat untuk memohon pembiayaan AGRO-YES, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat.

Anda boleh tekan pautan dibawah untuk melihat senarai Agrobank yang ada: https://www.agrobank.com.my/my/home/contacts/branch-atm-locator/.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembiayaan AGRO-YES, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank

Artikel lain: Sekolah Diarah Ketatkan SOP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More