Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Sebab Kereta Terpakai Lebih Menarik Berbanding Kereta Baru

Kereta terpakai atau kereta baru? Kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya yang menetap di kawasan bandar, lazimnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Adalah wajar untuk disimpulkan bahawa sebab utama untuk memiliki kenderaan sendiri adalah untuk memudahkan urusan perjalanan. Bagi segelintir masyarakat, menggunakan kenderaan awam untuk perjalanan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah.

Kebanyakan kereta di negara ini agak mahal, terutamanya kereta import yang memerlukan pembayaran pelbagai cukai tambahan. Jadi, anda tentu tertanya-tanya sama ada beli kereta baru lebih bernilai untuk wang anda ataupun kereta terpakai. Jawapannya bergantung kepada situasi kewangan anda sendiri.

Namun, kenapa masih ada sesetengah orang lebih berminat untuk membeli kereta terpakai walaupun mereka itu berduit?

Jom kita tengok beberapa sebab kenapa kereta terpakai adalah lebih menarik berbanding kereta baru.

Isi Kandungan

5 Sebab Kereta Terpakai Lebih Menarik Berbanding Kereta Baru

1. Kurang Susut Nilai

Semua pasti sedia maklum yang harga kereta anda akan susut sebaik sahaja anda mula memandu kereta baru anda itu di atas jalan raya. Susut nilainya juga bukan sedikit.

Harga untuk model yang sama juga akan menurun dengan mendadak selepas beberapa tahun. Jadi kalau rasa nak bergaya dengan model kereta yang anda minati, kereta terpakai mungkin lebih sesuai untuk memberi penjimatan terbaik.

kereta terpakai

2. Bayaran Balik Loan Yang Rendah

Satu lagi kelebihan membeli kereta secondhand ini adalah anda dapat menjimatkan lebih banyak duit. Siapa yang tidak suka jika dapat beli barang dengan harga yang lebih murah?

Anda boleh menjimatkan duit dengan memendekkan tempoh bayaran balik pembiayaan bank.

Kalau anda beli kereta baru, tempoh bayaran balik pembiayaan mungkin 9 tahun, tetapi untuk kereta terpakai anda boleh memohon untuk membayar balik dalam tempoh 5 tahun.

Kalau anda rasa tidak mampu untuk melangsaikan bayaran dalam tempoh tersebut, anda boleh memohon untuk membayar bayaran bulanan yang lebih rendah.

3. Penjimatan Masa dan Duit Untuk Penjagaan

Kebanyakan orang tak mahu membeli kereta terpakai kerana beranggapan kereta terpakai mempunyai banyak masalah dan pembeli terpaksa membelanjakan banyak duit untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Tetapi, tahukah anda?

Kereta baru juga ada yang menghadapi kecacatan pengilangan tertentu yang boleh membuatkan anda terpaksa berbelanja lebih. Masa anda juga mungkin akan banyak terbuang di pusat servis kereta.

kereta terpakai

Kalau anda beli kereta terpakai, anda boleh lihat kepada service history kereta tersebut untuk mendapatkan gambaran kereta tersebut. Adakah ia diselenggarakan dengan baik atau tidak, on-time atau tidak. Anda pastinya lebih bersedia dengan kos penyelenggaraan kereta anda di bengkel.

4. Kadar Takaful Yang Lebih Rendah

Setahun sekali pasti ramai yang mengeluh untuk renew takaful kereta. Untuk pengetahuan anda premium untuk kereta terpakai adalah lebih murah berbanding kereta baru.

Ini kerana salah satu faktor yang menentukan premium bagi takaful kereta adalah harga pasaran untuk kereta tersebut.

5. Tidak Terlalu Rugi Untuk Dijual

Nilai pasaran sesebuah kereta biasanya akan turun mendadak pada beberapa tahun pertama sahaja. Setelah itu jika berlaku penurunan sekalipun, ia tidaklah begitu ketara.

Jadi kalau anda pemilik kepada kenderaan terpakai, anda mungkin boleh menjual kembali kereta anda itu dengan harga yang hampir sama dengan harga sewaktu anda beli kenderaan tersebut.

Sebab itulah, kalau anda lihat tips-tips kewangan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Barat, anda digalakkan untuk membeli kereta terpakai berbanding dengan kereta baru.

Pedulikan apa orang nak kata, asalkan kenderaan itu mampu bergerak untuk sampai ke destinasi pun sudah cukup.

5 Sebab Kereta Terpakai Lebih Menarik Berbanding Kereta Baru 1

Tapi ingat, perlu buat homework dulu sebelum membeli kereta tersebut. Jangan nanti kononnnya hendak jimat, akhirnya setiap bulan terpaksa ke bengkel untuk servis kereta.

Sumber : MajalahLabur

Penutup

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan 5 Sebab Kereta Terpakai Lebih Menarik Berbanding Kereta Baru dapat memberi manfaat serta idea buat anda semua. Untuk lebih banyak informasi serta bahan-bahan pendidikan terkini dari semasa ke semasa sila layari laman web kami di https://www.tcer.my/. Teruskan bersama kami.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Permohonan Biasiswa PDIM Undergraduate

Pendaftaran Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Permohonan Rumah Mampu Milik Serendah RM70,000

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More