Permohonan dan Semakan Kenyalang Gold Card
Pemohon yang layak boleh mula mengemukakan permohonan mendapatkan inisiatif KGC. Kad itu adalah kemudahan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.
Ia meliputi diskaun untuk bidang kesihatan iaitu perubatan dan pemulihan, pengangkutan awam, barang keperluan harian seperti diskaun ketika membeli barangan runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urutan dan spa serta dandanan rambut.
Lebih penting kata pemegang KGC yang layak akan mendapat Bantuan Ehsan Kematikan (BIK) berjumlah RM3,000 dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 warga emas setahun.
Beliau menjelaskan BIK hanya akan diberikan kepada pemegang BIK yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN KGC
Antara syarat-syarat memohon ialah:
- Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
- Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
- Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak
CARA MEMOHON KGC
Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan https://kenyalanggold.com/
Permohonan secara manual juga boleh dibuat. Borang Permohonan Kenyalang Gold Card boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
KLIK DI SINI untuk muat turun borang Permohonan Kenyalang Gold Card (KGC)
PROSES PERMOHONAN KGC
Borang siap diisi harus dipulangkan ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan dan Masyarakat di seluruh negeri dan kita menetapkan 30 hari untuk diluluskan
MAKLUMAT LANJUT
Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia KGC
- talian = 082-449577/444139
- emel = [email protected]