Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pinjaman Peribadi BSN 2021 Bagi Kakitangan Kerajaan

Pinjaman Peribadi boleh dibuat di BSN tetapi hanya kepada kakitangan kerajaan sahaja. Berikut merupakan langkah – langkah memohon pinjaman peribadi BSN:

Isi Kandungan

PINJAMAN PERIBADI BSN ( KAKITANGAN AWAM/PERSEKUTUAN)

BSN Skim Kakitangan Awam Persekutuan

Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) atau BSN SKAP ialah skim pinjaman peribadi yang disediakan bagi anda pelanggan BSN yang mungkin menghadapi masalah kewangan.

SKAP adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional.

 KELEBIHAN SKAP

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERIBADI BSN SKAP

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Terdapat juga syarat khas yang perlu dipenuhi bagi membuat permohonan:

  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

 DOKUMEN DIPERLUKAN BSN SKAP

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  • HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  • Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

PINJAMAN PERIBADI BSN( KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI)

BSN Skim Kakitangan Awam Negeri

Skim Kakitangan Awam Negeri atau SKAN ialah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional, dan hanya khusus untuk kakitangan kerajaan di bawah Kerajaan Negeri. Sama seperti SKAP, SKAN juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

KELEBIHAN BSN SKAN

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Negeri yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BSN SKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Terdapat juga syarat khas yang perlu dipenuhi bagi membuat permohonan:

  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan bagi pinjaman peribadi:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  • HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  • Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

Anda juga boleh cuba PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2020: PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN

Artikel lain: Rumah Selangorku, Rumah Perakku

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More