Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bayar Tanpa Tunai Hari Ini dan Rebut Hadiah Lumayan

Rebutkan Hadiah Lumayan Hari Ini dengan Pembayaran Tanpa Tunai

KUALA LUMPUR: Trend pembayaran tanpa tunai dilihat makin digemari rakyat Malaysia apabila ia mula aktif digunakan bagi mengelakkan wabak COVID-19 daripada terus merebak.

tunai

Selain itu, pembayaran tanpa tunai juga mempercepatkan urusan pembayaran di kaunter dan memudahkan pengguna menjejak perbelanjaan bulanan bagi mengelakkan mereka daripada terlebih berbelanja.

Ia sejajar dengan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan penggunaan transaksi tanpa sentuhan di agensi awam sekali gus meningkatkan jumlah pengguna sehingga 15 juta.

Namun, tahukah anda sekiranya anda melakukan pembayaran tanpa tunai hari ini, anda layak menerima hadiah lumayan seperti kereta idaman, telefon pintar dan wang tunai?

Lakukan transaksi tanpa tunai atau cek sebelum 30 April 2021 menggunakan empat saluran popular seperti JomPAY, FPX, MyDebit dan DirectDebit di lebih 10 agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia dan banyak lagi senarai agensi yang boleh disemak melalui www.paynet.my.

Anda berpeluang merebut hadiah bulanan menarik seperti Proton X70, Perodua Myvi, Yamaha Y15ZR dan telefon pintar bersempena dengan peraduan Cashless Boleh.

Ikut kesesuaian, keselesaan

Pengguna boleh memanfaatkan saluran pembayaran tanpa tunai popular berkenaan di kaunter atau pembayaran dalam talian mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Anda boleh menyelesaikan pembayaran atau pembelian menggunakan MyDebit yang ada pada kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank.

Melakukan transaksi tanpa sentuh (wave) adalah digalakkan dan anda perlu memasukkan enam digit nombor pengenalan peribadi (PIN) untuk urusan pembayaran dan pembelian melebihi RM250.

Untuk membayar bil, gunalah JomPAY yang mudah dan selamat. Ia membolehkan anda membuat pembayaran bil daripada 42 bank di Malaysia.

Transaksi boleh dibuat melalui perbankan internet atau mudah alih menggunakan wang dari akaun simpanan, simpanan atau kad kredit.

Buat anda yang sering membeli-belah secara dalam talian, FPX adalah pilihan tepat kerana ia membolehkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian melalui perbankan internet atau mudah alih kepada pedagang menggunakan wang dari akaun simpanan, semasa atau kad kredit.

Gunakan DirectDebit sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil berkala secara automatik terus dari akaun bank.

Lakukan pembayaran tanpa tunai menggunakan empat saluran popular di agensi kerajaan hari ini bagi merebut hadiah bulanan menarik!

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Pelancaran Biasiswa TATI UC

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More