Sumber Rujukan Globalisasi Anda

1,500 Pelajar SMK TTDI JAYA Mula Bersekolah

SMK TTDI Jaya telah buka kepada 1,500 pelajar tingkatan 1 hingga 5

smk

SHAH ALAM – Kira-kira 1,500 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya memulakan semula sesi persekolahan mereka pada tahun ini, hari ini.

Tinjauan Kosmo! ke sekolah tersebut mendapati semua pelajar tingkatan 4 dan 5 hadir ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi dengan memakai pelitup muka.

Suhu semua pelajar diambil beberapa guru sambil dipantau pengetua sekolah, Azahar Nor Arifin Ahmad.

Menurut Azahar Nor, lebih 900 pelajar tingkatan 4 dan 5 memulakan sesi persekolahan pada waktu pagi.

“Manakala lebih 600 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 akan mula bersekolah pada sesi petang.

“Setakat ini, tidak ada pelajar yang diminta pulang ke rumah dan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah itu, hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan lima sekolah itu, Shafiq Najmi Shajiddin berkata, dia menzahirkan kesyukuran kerana dapat kembali ke sekolah semula.

Menurutnya, dia tidak sabar untuk berjumpa rakan kelasnya serta gurunya setelah beberapa bulan tidak berjumpa mereka.

“Selain itu, pembelajaran secara bersemuka akan memudahkan saya untuk memahami subjek matapelajaran.

“Kalau tidak faham sesuatu perkara, saya boleh tanya terus kepada guru,” katanya.

Sumber Kosmo

Artikel lain: Sukar Menaikkan Gaji Graduan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More