Permohonan BSN Micro Pemerkasa
Isi Kandungan
Permohonan BSN Micro Pemerkasa: Pembiayaan Mikro Kredit RM50,000
Para usahawan kini boleh memohon pembiayaan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.
Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu mengumumkan pelaksanaan 20 inisiatif Pemerkasa yang mana inisiatif ke-6 yang diumumkan adalah kemudahan mikro kredit kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta.
Salah satu kemudahan mikro kredit yang ditawarkan menerusi Pemerkasa adalah BSN Micro Pemerkasa dengan dana sebanyak RM300 juta bagi usahawan mikro dan PKS yang layak dan diuruskan oleh BSN.
Jumlah Pembiayaan & Faedah
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi BSN Micro Pemerkasa adalah sehingga RM50,000.
Jumlah faedah menerusi pembiayaan ini pula telah dikurangkan daripada 3.5% kepada hanya 3.0% setahun.
Tempoh Pinjaman
Tempoh pinjaman pembiayaan BSN micro Pemerkasa adalah sehingga 5.5 tahun.
Ini termasuklah 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan yang akan dibayar.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Pembiayaan ini ditawarkan kepada perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
- Syarikat perniagaan dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Syarikat perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Pemohon bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan pemohon telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
Cara Memohon
Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah mudah membuat permohonan seperti berikut:
- Muat turun borang pemohonan di pautan https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/forms/micro.pdf.
- Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap.
- Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada cawangan BSN yang berhampiran anda.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah/Pemegang Saham/Penjamin (jika berkenaan).
- Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak bank.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mybsn.com.my/ atau menghubungi pihak BSN di talian 1300-88-1900.
Artikel lain: 1,500 pelajar SMK TTDI Jaya mula bersekolah