Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Larangan Tazkirah Ketika Solat Terawih Memberi Kesan “Positive”

Tazkirah adalah merupakan kata-kata nasihat yang akan memberikan impak yang baik kepada pendengar dan penyampai.

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia. Selama itulah juga kita dapati dimana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat
di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari fi rman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana
sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan denganpenuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkansegala dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui
atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita

Isi Kandungan

HUKUM SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


a. Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakanoleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan
atau berjemaah.
b. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.


WAKTU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan
sunat ba’diah dua rakaat.


RAKAAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikansembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii. Pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
v. Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih: Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaatmakmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.

Sudut Positif Ketiadaan Tazkirah Ketika Solat Tarawih

tazkirah

GEORGETOWN: Larangan supaya tiada tazkirah ketika solat tarawih perlu dilihat secara positif dan tidak wajar dipertikaikan umat Islam terutama dalam tempoh negara masih lagi berjuang melawan pandemik Covid-19.

Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd. Noor berkata, keputusan itu yang dibuat di dalam mesyuarat jawatan kuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman baru-baru ini bertujuan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadat solat sunat tersebut.

Katanya, solat tarawih itu dilaksanakan ketika aktiviti dan pergerakan rakyat dibatasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.

“Menyampaikan tazkirah sewaktu solat tarawih bukanlah amalan yang wajib dilakukan sebaliknya boleh dibuat pada waktu-waktu lain yang lebih sesuai.

“Tazkirah masih dibenarkan diadakan pada waktu-waktu lain seperti selepas solat subuh, waktu dhuha, selepas solat zuhur dan sebagainya sepanjang Ramadan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan ketiadaan takzirah semasa solat tarawih seperti diputuskan di negeri ini disebabkan oleh pengaruh DAP di negeri ini.

Menurut beliau, umat Islam perlu diingatkan tazkirah sewaktu solat tarawih bukan amalan sunah.

Malah katanya, amalan itu tidak pernah dilakukan umat Islam pada zaman Rasullullah SAW dan para sahabat Nabi yang dianggap sebagai generasi-generasi terbaik yang seharusnya menjadi ikutan umat Islam.

“Umat Islam sepatutnya mengambil peluang daripada kehadiran bulan yang mulia ini dengan mengerjakan ibadat sebanyak mungkin terutamanya menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadat qiamulail, membaca al-Quran, zikir dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti-aktiviti lain termasuk ceramah dan tazkirah sewajarnya ditangguhkan buat sementara waktu.

“Ramadan adalah peluang keemasan untuk umat Islam meningkatkan kemantapan rohani masing-masing.

“Ini adalah dengan melakukan amalan-amalan sunat, berpuasa pada siang hari manakala malamnya pula dipenuhi dengan solat sunat dan ibadat-ibadat lain seperti yang disarankan Islam,” katanya.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Zakat Fitrah Negeri Pahang

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More