Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2021

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada Negeri Kelantan yang ingin memohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Untuk makluman, MAIK merupakan agensi ditubuhkan pada 24 Disember 1915 yang mana penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Di bawah strategi MAIK iaitu memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan), MAIK telah memperkenalkan biasiswa ini bagi membantu anak-anak Negeri Kelantan lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian mereka di IPTA.

Permohonan bagi Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2021 telah dibuka dan akan ditutup pada 28 April 2021.biasiswa

Isi Kandungan

Bidang Pengajian

Pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam mana-mana bidang yang bermanfaat adalah layak untuk memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK ini.

Syarat Umum

Pemohon yang ingin memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Permohonan adalah terbuka kepada semua lepasa SPM.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  3. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Pemohon melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  5. Pemohon berumur 25 tahun pada tarikh permohonan.
  6. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama dari mana-mana IPTA sahaja.

Syarat Akademik

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik mengikut peringkat pengajian.

  1. Sijil Kemahiran

    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) perlu sekurang-kurangnya telah atau sedang menduduki tahap 2; atau
    • Sijil Kemahiran lain sekurang-kurangnya lulus SPM.
  2. Diploma

    • PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1; atau
    • Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gerd C dan ke atas).
  3. Ijazah Sarjana Muda

    • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma; atau
    • Mempunyai STAM yang setara dengan STPM; atau
    • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.

Cara Memohon

Untuk memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/muat-turun-awam.html
  2. Klik bahagian ‘Download.’
  3. Muat turun borang permohonan tersebut.
  4. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  5. Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke alamat berikut:

    Urusetia, Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM,
    Unit Tajaan Pendidikan, Tingkat 3
    Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
    Kompleks Islam Lundang,
    Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru,
    Kelantan Darul Naim.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan).
  2. Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga.
  3. Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga.
  4. Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.
  5. Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STU/STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  6. Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (Diploma/Ijazah Dalam & Luar Negara)/Surat Pengesahan Pengajian Terkini Sijil berhenti sekolah ( A-Level sahaja).
  7. Sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.
  8. Sijil-sijil yang berkaitan.
  9. Penyata akaun bank.

Adalah diingatkan bahawa semua dokumen sokongan terbabit perlulah disahkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK,

sila hubungi talian 09-7481512 sambungan Unit Pendidikan atau email ke [email protected].

Artikel lain: Permohonan IKB MAIWP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More