Pilih buku teks berbanding guna teknologi dalam pembelajaran di Australia
Pilih buku teks berbanding guna teknologi dalam pembelajaran di Australia ini terkini daripada hebahan yang tular. Seiring dengan perkembangan dan kemajuan khususnya dalam aspek digital, kita dapat lihat akan perubahan bahan pengajaran dalam bidang pendidikan kini, di mana ianya merupakan satu keadaan yang berbeza berbanding dengan dahulu.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Dahulu, pelajar lazimnya hanya bergantung kepada bahan bacaan berasaskan kertas dan buku teks namun kini, pelajar lebih cekap menggunakan peranti berteknologi tinggi seperti iPad misalnya dalam proses pembelajaran.
Namun saat ketika dunia sibuk mengejar kemajuan teknologi dan digital, sebuah sekolah di Sydney, Australia pula melakukan sebaliknya. Mereka mengumumkan bahawa era e-buku sudah pun berakhir – kesemua buku teks menggunakan iPad telah pun ditarik semula.
Hal ini adalah disebabkan oleh golongan pakar mendapati bahawa penggunaan iPad bukan sahaja memudahkan gangguan berlaku, selain menyukarkan pelajar terutamanya kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan fokus terhadap pembelajaran.
Malah, pembelajaran secara digital ini tidaklah semudah memindahkan kandungan daripada kertas ke iPad kerana perlu melalui interaksi dengan APP, selain ditambah dengan animasi dan reka bentuk yang kelihatan hidup menjadikan pengguna tertarik dengannya.
Idea tersebut pada dasarnya adalah baik namun ia turut membawa kepada permasalahan yang lain. Menurut laporan untuk 5 tahun kebelakangan ini, pelajar sekolah Reddam House di Australia yang menggunakan e-buku sewaktu sesi pembelajaran, kini cenderung untuk beralih semula ke buku teks kertas.
Para guru mendapati bahawa ianya disebabkan oleh pelbagai gangguan pada iPad yang memudahkan perhatian dan fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran sekali gus membuatkan proses penyampaian ilmu kepada pelajar tidak berjalan seperti yang diinginkan.
Banyak sekolah kini sudah mula memberi respon dengan mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menggunakan buku teks elektronik dan telah menukarkannya kepada teks kertas tradisional menerusi amalan pembelajaran secara tulisan nota dan pembacaan.
“Ini kerana kanak-kanak adalah kanak-kanak, yang mudah beralih daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain. Hasilnya, mereka kelihatan ‘sibuk’ tetapi sebenarnya ia tidak membantu proses pembelajaran langsung”, kata seorang pakar.
Para sarjana pendidikan percaya bahawa pengetahuan yang dicetak di atas kertas dapat membuat pelajar lebih memahami berbanding dengan model maya digital. Itulah kelebihan buku teks dan keunikan kertas. Pembelajaran lebih mudah ‘diserap’ daripada skrin.
Para pelajar juga berkata bahawa membaca daripada kertas juga lebih selesa dan mudah difahami serta diingati. Ia mempunyai memori tentang apa yang telah dibaca. Ini dapat dibuktikan dengan satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat.
Buku Teks di Amerika
Kajian tersebut dilakukan pada pelajar yang membaca artikel menerusi mod kertas dan juga digital. Apabila ditanya oleh tutor berkaitan dengan topik yang dibaca, mereka mendapati bahawa prestasi pelajar yang membaca versi percetakan kertas adalah lebih baik.
“Apabila sesuatu kos itu memerlukan pengelibatan dan pemahaman, misalnya menerusi artikel lebih daripada 500 patah kata pada satu halaman, maka membaca daripada kertas menjadikannya lebih mudah ‘diserap’ dan difahami berbanding dengan bacaan digital”, jelas pakar.
Masalah beban beg sekolah yang berat apabila membawa buku teks pula, pakar menjelaskan bahawa seeloknya pelajar dinasihati untuk meninggalkan buku mereka di sekolah dan membaca daripada iPad apabila mereka di rumah.
Menurut pakar psikologi pendidikan, Kenneth Kiewra, beliau mendapati bahawa menaip memberikan seseorang itu lebih kawalan, memandangkan ramai pelajar yang cenderung menggantikan tulisan nota dengan menaipnya.
Beliau berkata sejak Mesir kuno mencipta kertas pada zaman purba, pengambilan nota telah menjadi pemangkin untuk merekodkan banyak perkara, disamping ia melibatkan pergerakan otak yang boleh membantu apa yang kita dengar, bertukar menjadi ingatan yang mendalam.
Menerusi kajiannya, untuk purata seminit, Kenneth mendapati bahawa pelajar boleh menaip 33 patah kata berbanding dengan 22 patah kata menerusi tulisan nota. Pelajar yang menaip mengingati lebih banyak kandungan daripada pelajar yang menulis nota namun kesannya agak pendek.
Ini kerana selepas 24 jam, hampir kesemua pelajar yang menaip terlupa kandungan yang ditaip berbanding dengan pelajar yang menulis nota. Mereka mengingati kandungan yang ditulis sehingga seminggu lamanya selain tahu kata kunci yang diajarkan.
Ini menandakan bahawa tulisan tangan membantu ingatan mendalam dan memudahkan proses semakan nota dengan lebih cekap. Dalam erti kata yang lain, kandungan nota yang ditaip menggunakan komputer riba seakan-akan menaip teks verbatim.
Mereka menaip kandungan seperti yang diberitahu oleh guru secara panjang, di mana ia kemudian akan menyukarkan mereka untuk mengenalpasti apakah isi kandungan yang penting. Sudah pasti ia tidak begitu relevan untuk membantu dalam proses pembelajaran.
Para pengkaji juga menambah bahawa dengan menaip secara laju, tanpa disedari pelajar akan mengabaikan kepentingan dan fokus pembelajaran ekoran mahu menaip dengan pantas. Menerusi eksperimen juga, pakar tidak menyarankan pelajar untuk mencetak apa yang ditaip.
Berbeza dengan tulisan nota, pelajar boleh menumpukan perhatian untuk mendengar terlebih dahulu sebelum mula menulis kandungan penting dan langkah itu adalah proses bersepadu serta cara berkesan untuk menguatkan ingatan.
Sumber: Era Baru
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Pilih buku teks berbanding guna teknologi dalam pembelajaran di Australia memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.