Bazar Ramadan Kelantan Dibatalkan
Isi Kandungan
Bazaar Ramadhan Dibatalkan Negeri Kelantan
Kota Bharu: Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri dibatalkan susulan kes Covid-19 di negeri itu mencatatkan peningkatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi Facebook hari ini.
Dr Izani berkata, Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.
Semalam, Covid-19 di Kelantan mencatat 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.
Pada masa sama, Kelantan juga merekod satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa ini dengan kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ahmad dilaporkan berkata, penjual hanya dibenarkan melayan dua pelanggan pada satu-satu masa.
Hasil Mesyuarat
Mesyuarat JKKN
- Pembentangan oleh Pengarah Kesihatan Negeri menunjukkan kes positif meningkat sebanyak 455 kes dalam masa 3 hari.
- Berkemugkinan disebabkan perantau anak kelantan pulang menjelang bulan ramadhan dan cuti sekolah.
- Turut menyumbang, penganjuran majlis-majlis keramaian dan kesedaran masyarakat kepada pematuhan SOP yang masih rendah.
- Dipersetujui untuk pengisytiharaan PKP di seluruh Negeri Kelantan mulai 14 Apr 21 sehingga 21 Apr 21.
- Bazar Ramadhan juga hanya dibenarkan untuk pembelian secara online dan menggunakan runner sepanjang PKP.
MPKB – Pembatalan Madinah Ramadhan
Sumber Harian Metro dan Majlis Perbandaran Kota Bharu
Artikel lain: Pengangguran dan Gaji Rendah Sementara