ASNB Pelaburan ‘Financial Planning Solution Package’
ASNB kini menawarkan pelaburan menerusi ‘Financial Planning Solution Package’ (FPSP). FPSP adalah gabungan pelaburan antara unit amanah harga tetap dan harga berubah bagi membuka peluang lebih besar untuk potensi pertumbuhan pelaburan anda di ASNB.
Pakej terbaharu ini kini tersedia secara online di portal myASNB.
‘Financial Planning Solution Package’ ini menawarkan gabungan dana unit amanah harga tetap dan harga berubah ASNB yang sedia ada iaitu ASB dan ASN Sara 2 pada nisbah 90% ASB dan 10% ASN Sara 2.
Dengan pakej ini, pelabur juga mendapat promosi caj jualan ASN Sara 2 pada kadar 1.0%.
Isi Kandungan
Kelebihan Pakej FPSP
Tempoh Kempen
Dapatkan promosi caj jualan untuk unit amanah harga berubah bagi pakej yang ditawarkan.
Pakej Yang Ditawarkan
Pakej 1 : ASB + ASN SARA 2
- Nilai Pelaburan: RM10,000
- Nisbah Pelaburan: Ratio 9:1
- Caj Jualan: 1%
*Caj Jualan Biasa : myASNB @1.5%, kaunter @ 3.5%
Tawaran sah bermula 2 Februari hingga 20 Disember 2021
Hanya kepada pelabur Bumiputera sahaja
Pakej 2 : ASM + ASN Equity 5
- Nilai Pelaburan: Dari RM10,000
- Nisbah Pelaburan: 1/2
- Caj Jualan: 2%
*Tawaran Sah: 1 April – 30 Jun 2021
Tertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap
Pakej 3 : ASM + ASN Imbang 3 Global
- Nilai Pelaburan: Dari RM10,000
- Nisbah Pelaburan: 1/2
- Caj Jualan: 1.75%
*Tawaran Sah: 1 April – 30 Jun 2021
Tertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap
Siapa Yang Layak?
- Semua pemegang unit ASNB yang memenuhi kriteria kelayakan dana unit amanah yang ditawarkan mengikut kempen Pakej FPSP.
- Pemegang unit yang tidak mempunyai pelaburan dalam dana harga berubah terpilih hendaklah membuat pelaburan permulaan terlebih dahulu.
i) Secara dalam talian dengan myASNB
- Log masuk ke portal myASNB di www.myasnb.com.my
- Klik ‘Portfolio’
- Skrol ke ruangan ‘Ingin melabur dalam Financial Planning Solution Package?’
- Klik “Beli di sini”
- Klik “Beli sekarang” pada pakej yang dipilih.
- Ikuti langkah seterusnya untuk melengkapkan transaksi anda.
ii) Secara manual di Kaunter ASNB
FPSP juga boleh dilanggan di kaunter Cawangan dan Ejen-ejen ASNB di seluruh negara.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila layari https://www.asnb.com.my/FPSP.php
Rujuk Soalan Lazim di sini: https://www.asnb.com.my/img/FPSP/FAQ%20-%20PAKEJ%201%20FPSP%20-%20BM.pdf
Artikel lain: Doa Mustajab Sebelum Berbuka Mudah Dibaca dan Diamalkan