Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Temujanji Vaksin COVID 19

Semakan Temujanji Vaksin COVID 19 harus dibuat untuk memastikan anda telah tersenarai dalam rekod MySejahtera. Selain itu, pastikan juga anda telah mendaftar vaksin untuk kedua ibubapa dan anak-anak berumur 12 tahun keatas. Dimana anda boleh semak status pendaftaran?

Sila semak temujanji vaksin (status dan tarikh) anda di Portal Rasmi JKJAV (Vaksin Covid).

Untuk makluman, bermula 19 April ini, Fasa Kedua PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN akan bermula. Oleh itu, jika anda adalah golongan berisiko pastikan anda telah mendaftar dan menyemak status anda. Untuk anak-anak yang mempunyai untuk ibu dan ayah yang sudah tua, anda perlulah membantu mendaftar untuk mereka.

Semakan Temujanji Vaksin (Status Pendaftaran / Tarikh)

  1. Layari laman web rasmi Vaksin Covid: https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/semakan temujanji vaksin
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda. Klik Log Masuk.

Semakan Temujanji Vaksin

  • Segala butiran mengenai pemberian vaksin seperti tempat/pusat pemberian vaksin, tarikh temujanji dan masa temujanji anda akan dipaparkan.
  • Maklumat temujanji akan dikemaskini sepenuhnya 14 hari sebelum tarikh vaksinasi anda.
  • Notifikasi melalui MySejahtera atau SMS juga akan dihantar apabila tarikh temu janji vaksinasi anda telah ditetapkan.

Anda juga boleh membuat semakan temujanji vaksin COVID 19 melalui kod QR di bawah.

Semakan Temujanji Vaksin

Kongsikan info ini kepada semua saudara-mara dan jiran tetangga supaya kita dapat mempercepatkan lagi proses vaksinasi negara.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, hubungi terus Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di talian 1800-888-828 untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan: MySejahtera; Pendaftaran Vaksin Anak Umur 12 tahun ke atas

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More