Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DSKP KSSR Semakan Pendidikan Moral Tahun 5

DSKP KSSR Semakan Pendidikan Moral Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat
penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

DSKP Pendidikan Moral digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.

Mata pelajaran Moral bertujuan untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Mata pelajaran ini diharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, berperwatakan mulia, dan mengutamakan perpaduan serta bersemangat patriotik ke arah menyumbang secara produktif terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

1. Mengetahui dan memahami nilai universal.
2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan harian.
3. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara.
4. Mengembangkan kemahiran penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang berpegang kepada peraturan masyarakat dan nilai universal yang berasaskan prinsip moral.
5. Mengeratkan hubungan yang baik dengan masyarakat ke arah memperkukuh perpaduan negara.
6. Berintegriti terhadap diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat, negara dan masyarakat global.

MUAT TURUN DSKP KSSR SEMAKAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN  5

KLIK DI SINI

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Pendidikan Moral Tahun 5  memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More