Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Aplikasi Odajer.com Sebagai Platform Jualan Kelantan

Odajer.com Percuma Pada Bulan Ramadan

KOTA BHARU: Simpati dengan nasib peniaga bazar Ramadan yang terjejas berikutan larangan operasi, seorang usahawan menawarkan pangkalan web percuma dikenali sebagai Odajer.com yang beroperasi di Kelantan.

Menyasarkan kira-kira 10,000 peniaga makanan di negeri itu, sistem Odajer.com yang diasaskan oleh Muhamad Amar Mirza Ab Kadir Jailani, 27, boleh diakses bermula hari ini sehingga akhir Ramadan.

odajer

Beliau berkata, inisiatif menyediakan platform jualan dalam talian secara percuma itu tercetus susulan pengumuman pembatalan bazar Ramadan kelmarin, yang menyebabkan sebahagian besar peniaga bazar terkesan.

“Odajer.com ini saya hasilkan sejak setahun lalu dan mengenakan bayaran RM2,497 untuk satu akaun dan kini sudah 200 peniaga dalam talian yang mendaftar.

“Sempena Ramadan, saya menawarkan platform ini secara percuma tanpa menerima komisen atau bayaran, sebaliknya menanggung kos pelayar mencecah RM20 juta tapi saya ikhlas membantu,” katanya ketika ditemui di premisnya di Lundang di sini, hari ini.

Mulanya, Muhamad Amar Mirza berhasrat membuka kepada 1,000 peniaga sahaja namun memikirkan ramai yang terkesan, bilangan itu ditambah 10 kali ganda, dengan tawaran dibuka kepada mereka yang mempunyai premis dan menyediakan juadah di rumah.

Dengan pendaftaran ringkas, katanya, peniaga terus boleh memaparkan menu dijual manakala harga makanan serta caj penghantaran diputuskan oleh peniaga tanpa komisen seperti syarikat penghantar makanan lain.

“Peniaga akan menerima kod bar yang boleh dimuat turun untuk jualan menerusi aplikasi WhatsApp atau dicetak bagi dilekatkan di mana-mana lokasi untuk kemudahan pembeli membuat imbasan.

“Saya sedia membuat penerangan video kepada peniaga bagaimana untuk menggunakan pangkalan web dan teknik pemasaran dalam bidang digital,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan perabot dan telefon bimbit.

Bapa tiga cahaya mata lulusan Pengajian Syariah dari Yaman itu berkata, keputusan menawarkan platform itu secara percuma sepanjang Ramadan dibuat kerana memahami kepayahan peniaga dan membayangkan situasi sama dialami bapanya yang pernah berniaga di pasar malam.

Beliau berharap platform itu dapat meringankan beban peniaga bazar Ramadan yang terjejas, terutama yang sudah mengeluarkan modal.

Artikel lain: Perkasa Peranan Wakaf Elemen Bangunkan Ekonomi Negara

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More