Tahap Perkembangan Anak Umur 2 tahun
Apabila anak mencecah umur 2 tahun, ada cabaran yang menanti ibu bapa. Sebagai ibu bapa, anda harus tahu tahap perkembangan anak umur 2 tahun adalah berbeza – beza. Jadi jangan bandingkan anak orang dan anak sendiri. Akan tetapi, 7 tahap perkembangan ini akan dilalui oleh anak anda yang berusia dua tahun.
Isi Kandungan
7 Tahap Perkembangan
Kemahiran Harian
Perkembangan anak 2 tahun sedikit unik kerana dalam umur ini, mereka sudah bijak mengajuk cakap ibu dan bapa. Jadi jangan terkejut apabila anak sudah pandai berpura – pura sibuk di dapur atau pandai menjawab panggilan telefon. Ia juga sebahagian proses tumbesaran dan pembelajaran buat mereka.
- Didik anak mengemas rumah, kemas barang mainan selepas bermain, lap lantai jika tumpahkan air dan basuh pinggan selepas makan
- Didik anak mengamalkan makanan yang berkhasiat seperti makanan yang dipanggang dan banyak makan sayur dan buah – buahan.
- Ajar anak memakai pakaian sendiri selepas mandi. Biarkan mereka tentukan pilihan pakaian yang ingin dipakai
- Jangan sebut perkataan yang kurang sopan. Jika tidak anak akan dengan dan ajuk semula percakapan anda.
Kemahiran Sosial
Anak umur dua tahun juga akan suka bermain dan berkawan. Malah mereka akan tunjuk sikap nakal tapi ini merupakan proses pembelajaran supaya mereka pandai berdikari.
- Biarkan anak bermain dengan cara mereka sendiri walau ada kawan – kawan yang lain
- Perkembangan anak umur 2 tahun juga mudah menerima setiap tunjuk ajar ibu bapa. Kemudian ajar cara selesaikan konflik dan bagaimana nak selesaikan masalah
Kemahiran Emosi
Perkembangan anak umur 2 tahun juga dapat dilihat dari sudut kemahiran emosi mereka, dimana mereka cenderung beremosi jika tidak dapat sesuatu daripada ibu bapanya. Mereka akan menangis, berpeluk tubuh atau merajuk jika tak dapat sesuatu lebih – lebih lagi kegemarannya.
- Beri pujian jika mereka dapat kawal emosi dengan baik
- Jangan memukul anak jika mereka meluahkan emosi secara berlebihan seperti tantrum
- Bercakap lemah lembut sambil menasihati
- Jangan marah jika mereka keluarkan perkataan yang tak senonoh tapi tegur dengan berhemah
Kemahiran Motor Kasar
Anak anda sudah pandai tangkap dan baling bola dengan baik. Ini merupakan salah satu contoh tahap kemahiran motor kasar anak yang dapat dilihat dengan mata kasar
- Pastikan rumah selamat untuk anak bermain dan mengembangkan kemahiran motor kasarnya.
- Bawa anak bermain di taman permainan dan biar dia bebas bermain bola, berlari, dan memanjat. Tapi anda harus sentiasa perhatikannya.
- Kemudian, anda boleh bermain bola bersama anak seperti dia baling dan anda tangkap atau anda baling dan dia tangkap secara tak langsung perkembangan motor kasar anak dapat berkembang dengan baik.
Kemahiran Motor Halus
Sudah mula menunjukkan boleh membina menara kiub, membentuk kiub ke dalam kereta api mainan dan salin semula garis – garis yang ditarik secara mendatar.
- Duduk dengan anak dan buatlah aktiviti seni dengan si kecil anda
- Selain itu, baca buku kepadanya dan minta dia membuka halaman seterusnya.
- Bermain puzzles dengan anak bagi melihat kemahiran motor halusnya
Kemahiran Bahasa
Anak anda sudah pandai menyebut beberapa patah perkataan. Mereka sudah pandai menerima arahan mudah dan boleh mencantumkan objek dengan gambar jika anda namakannya. Ini adalah salah satu tahap perkembangan anak – anak anda.
- Bacakan buku. Kemudian minta dia ulang semula sebutan yang anda sebut
- Tunjukkan gambar tubuh badan manusia dan praktiskan dia untuk ingat
- Guna flash card untuk mantapkan penggunaan bahasa anak
Kemahiran Kognitif
Perkembangan anak dari sudut kemahiran kognitif adalah mereka akan ingat di mana mereka letakkan mainan, visualkan objek yang ada dalam fikiran dan selesaikan permasalahan.
- Anak anda mungkin sukakan seni seperti mewarna jadi berikan si kecil warna crayon dan biarkan dia bebas melukis dan mewarna sendiri
- Sorokkan mainan dan biarkan si kecil mencari
- Ketika membaca buku, terangkan maksud sesetengah perkataan baru. Ulangi setiap hari.
- Buat kuiz mudah setiap hari seperti isi tempat kosong atau cantumkan perkataan
Sumber: Livestrong, United Psychological Services
Artikel lain: Biasiswa Tanpa Had Universiti Islam Madinah