Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DSKP KSSR Semakan Sejarah Tahun 5

DSKP KSSR Semakan Sejarah Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

DSKP Semakan Sejarah digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.

Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam KSSR yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahap II dari Tahun 4 sehingga Tahun 6. Kurikulum ini merupakan usaha untuk mendedahkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai serta penerapan semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia.

DSKP KSSR (Semakan 2017) Sejarah digubal berbentuk kronologi yang membincangkan pengenalan tentang Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita. Ini bertujuan untuk mendidik murid memahami latar belakang sejarah negara yang melalui perubahan dan kesinambungannya sehingga hari ini.

MATLAMAT

DSKP KSSR Semakan Sejarah Tahun 5 1
Semakan Sejarah

KSSR Sejarah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan sejarah, memahami perkembangan sejarah tanah air dan memiliki kesedaran sejarah serta meningkatkan semangat cinta akan negara.

OBJEKTIF

1. Menyatakan kepentingan sejarah sebagai satu disiplin ilmu.
2. Mengenal pasti sumber sejarah yang ada di dalam negara dan di luar negara.
3. Menjelaskan kepentingan menghargai sumbangan tokoh pejuang negara untuk kemerdekaan, kedaulatan dan pembangunan negara.
4. Menyatakan kepentingan menyemai semangat patriotisme dan jati diri sebagai anak watan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
5. Memahami sejarah perkembangan bangsa, budaya dan agama dalam menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia.
6. Menyatakan kepentingan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah negara.
7. Mengaplikasikan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) melalui PdP Sejarah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk bersaing pada peringkat global.
8. Menilai warisan negara dalam konteks negara dan tamadun dunia.

MUAT TURUN DSKP

KLIK DI SINI

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Sejarah Tahun 5  memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More