Manfaat Kurma Kepada Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui
Ramai orang beranggapan buah kurma hanyalah makanan untuk bulan puasa sahaja. Tahukah anda?, sebenarnya banyak manfaat kurma jika ianya dijadikan makanan harian kita. Sebelum kami ceritakan kehebatan kurma ini terlebih dahulu kita kenal sedikit asal-usul buah kurma.
Kurma adalah buah yang biasanya berbentuk lonjong didapati dari pohon kurma. Ianya Terdapat pelbagai bentuk, warna dan rupa mengikut jenis dan spesis pohon kurma. Antara kurma yang paling diminati adalah ajwah, medjoul, mabroom dan banyak lagi. Buah kurma biasanya didapati dalam bentuk buah kering dan ada juga bentuk buah segar. Rasa buah kurma yang telah dikeringkan adalah lebih manis berbanding buah segar.
Kurma telah menjadi makanan ruji di Timur Tengah dan Lembah Indus selama ribuan tahun. Jumlah pengeluaran tahunan dunia berjumlah 8.5 juta tan metrik, di mana negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara menjadi pengeluar terbesar.
Di Malaysia, kita akan mula lihat kurma mula dijual sebulan sebelum ramadhan di rata-rata kedai dan pasaraya, namun ramai sebenarnya dikalangan kita masih belum mengerti manfaat kurma selain faktor mengambil keberkatan sunnah berbuka dan bersahur dengannya.
Isi Kandungan
Makanan Yang Sangat Menyihatkan
Kajian menunjukkan, kurma mengandungi nilai nutrisi yang sangat hebat.
Dalam bentuk buah kering, kandungan kalori adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan buah segar. Kandungan kalori dalam kurma adalah serupa dengan buah-buahan kering yang lain, seperti kismis dan buah tin.
Kebanyakan kalori dalam kurma datang dari karbohidrat. Selebihnya adalah dari jumlah protein yang sangat kecil. Selain dari kalori, kurma juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang penting di samping sera yang tinggi.
Nutrien yang terdapat dalam 100 g hidangan:
- Kalori: 277
- Karbohidrat: 75 gram
- Serat: 7 gram
- Protein: 2 gram
- Kalium (Potassium): 20% daripada RDI
- Magnesium: 14% daripada RDI
- Tembaga (Copper): 18% daripada RDI
- Mangan: 15% daripada RDI
- Besi (Iron): 5% daripada RDI
- Vitamin B6: 12% daripada RDI
Kurma juga tinggi nilai antioksida, yang boleh menyumbang kepada banyak manfaat kesihatan kita.
Serat Yang Tinggi
Pengambilan makanan berserat yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan.
Dengan hampir 7 gram serat dalam hidangan 100 gram, pengambilan kurma dalam diet anda adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat.
Serat boleh memberi manfaat kepada sistem pencernaan anda dengan mencegah sembelit. Ia menggalakkan pergerakan usus yang kerap dengan menyumbang kepada pembentukan najis.
Dalam satu kajian, 21 orang yang menggunakan 7 biji sehari selama 21 hari mengalami peningkatan dalam kekerapan buang air dan mempunyai peningkatan yang signifikan dalam pergerakan usus berbanding ketika mereka tidak memakan kurma.
Tambahan pula, serat dalam kurma boleh memberi manfaat kepada kawalan gula darah. Serat melambatkan pencernaan dan dapat membantu mencegah kadar gula darah dari kenaikan terlalu tinggi setelah anda makan.
Atas sebab ini, kurma mempunyai indeks glisemik (GI) rendah, iaitu skala yang mengukur seberapa cepat gula darah anda meningkat setelah makan makanan tertentu.
Tinggi Nilai Antioksidan
Kurma mengandungi pelbagai antioksidan yang mempunyai beberapa manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko beberapa penyakit.
Antioksidan melindungi sel-sel anda dari radikal bebas, yang merupakan molekul yang tidak stabil yang boleh menyebabkan reaksi berbahaya dalam tubuh anda dan membawa kepada penyakit.
Berbanding dengan jenis buah yang serupa, seperti buah tin dan plum kering, kurma mempunyai kandungan antioksidan tertinggi.
Berikut adalah gambaran mengenai tiga antioksidan paling kuat dalam kurma:
- Flavonoid: Flavonoid adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan telah dikaji berpotensi untuk mengurangkan risiko kencing manis, penyakit Alzheimer dan jenis kanser tertentu.
- Karotenoid: Karotenoid terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung dan juga boleh mengurangkan risiko gangguan yang berkaitan dengan mata, seperti degenerasi makula.
- Asid fenolik: Dikenali dengan sifat anti-radang, asid fenolik boleh membantu mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
Boleh Meningkatkan Kesihatan Otak
Pengambilan buah kurma boleh membantu meningkatkan fungsi otak.
Kajian makmal telah mendapati kurma dapat membantu menurunkan penanda radang, seperti interleukin 6 (IL-6), di dalam otak. Tahap IL-6 yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit neurodegenerative yang lebih tinggi seperti Alzheimer’s.
Di samping itu, kajian terhadap sekumpulan haiwan telah menunjukkan kurma dapat membantu mengurangkan aktiviti protein beta-amyloid, yang boleh membentuk plak di otak.
Apabila plak mengumpul di dalam salur darah otak, ianya mungkin mengganggu komunikasi antara sel-sel otak, yang akhirnya boleh membawa kepada kematian sel otak dan penyakit Alzheimer.
Satu kajian haiwan mendapati bahawa tikus yang diberi makanan bercampur dengan kurma mempunyai ingatan yang lebih baik dan keupayaan pembelajaran, serta kurang kelakuan keresahan (anxiety-related), berbanding dengan yang tidak memakannya.
Potensi sifat pemangkin otak dari kurma telah dikaitkan dengan kandungan antioksidan yang dikatakan mengurangkan keradangan, termasuk flavonoid.
Penutup
Apa yang dikongsikan mungkin hanya sebahagian daripada banyak kebaikan kurma. Sememangnya banyak kajian telah dijalankan yang mengaitkan manfaat daripada khasiat yang terkandung dalam kurma. Apa yang pentingnya adalah kita memahami akan manfaatnya kepada kesihatan dan cuba menjadikan pengambilan kurma sebagai makanan harian. Kandungan serat, vitamin, mineral, karbohidrat dan juga antioksida di dalamnya akan membantu tubuh kita mendapat nutrisi yang baik.
Artikel lain: Tips Untuk Ibubapa Yang Baru Dapatkan Tidur Yang Lena