Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Aktiviti Menarik Di Bulan Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan. Apa aktiviti harian anda pada bulan ini? Elakkan bazir masa dengan tidur dan baring. Masa seakan-akan sangat perlahan di bulan yang rahmat ini. Hal Ini kerana sebahagian besar umat Islam akan lebih fokus bagi menguatkan rohani dan menambahkan amal jariah.

Anda boleh juga melancong pada bulan puasa ini, dan ini bukan bermakna yang anda tidak boleh langsung untuk berhibur.

Ya, ada banyak perkara yang boleh diisi di siang hari pada bulan puasa ini. (Bukan dengan tidur dan layan Youtube di smartphone) Aktiviti yang mampu merangsang minda dan menaikkan balik semangat berkobar ini termasuklah aktiviti yang tidak melibatkan makanan atau minuman serta aktiviti yang mengeluarkan tenaga.

Di sini kami berikan contoh beberapa aktiviti menarik buat anda bagi mengisi masa di siang hari:

Isi Kandungan

Luangkan Masa Anda Dengan Permainan Papan (Board Game)

aktiviti

Ajak rakan-rakan anda ke kafe permainan yang terdekat dan lepak sambil bermain permainan papan (board game).Di sini, anda boleh bermain pelbagai jenis permainan papan daripada yang klasik, hinggalah permainan yang lucu atau permainan yang menguji minda dan ilmu anda. Aktiviti ini sudah cukup untuk menghidupkan suasana dengan gelak tawa bersama walaupun tanpa makanan atau minuman.

Cuci Mata Dengan Perhiasan Diri

aktiviti

Topik ini khas bagi para wanita tapi kalau lelaki nak pun boleh. Bazar yang hip dan berseni sudah menjadi satu kegilaan sekarang ini, dan bazar ini sebenarnya dekat saja dengan anda. Lawat dan terokai setiap gerai yang menjual perhiasan-perhiasan buatan tangan, sabun buatan sendiri, pakaian rekaan sendiri dan banyak lagi

Lawat Muzium

aktiviti

Sejujurnya, bila kali terakhir anda masuk ke muzium? Mungkin anda terbayangkan waktu zaman sekolah ketika muzium kelihatan sangat membosankan, malah dipenuhi dengan artifak dan barang-barang lama yang berhabuk.

Tapi itu dulu. Sekarang, muzium-muzium lebih terperinci dan mempunyai tema seperti lucu, seram dan ada juga yang dipenuhi dengan artifak terpakai yang kerap digunakan untuk hal perisikan, atau ada juga yang dipenuhi dengan barangan seni yang buruk.

Tambahan pula, muzium sekarang sudah ada penghawa dingin yang selesa dan tambahan pula anda dapat belajar perkara baru dari perspektif yang berbeza

Baca Buku di Kedai Buku Terpakai

aktiviti

Anda ulat buku? Jika anda inginkan sesuatu yang berlainan daripada labirin buku yang diterangi cahaya lampu yang menyakitkan mata, atau dalam bahasa mudahnya, kedai buku mahal, jadi lebih baik anda luangkan masa di kedai buku terpakai saja.

Kerana di situ, beserta aroma buku-buku lama, dengan perasaan yang nostalgik dan santai anda boleh mencari ratusan atau ribuan buku yang tak pernah anda ketahui, dan mungkin juga buku lama yang pernah anda idamkan.

Tambah Pengetahuan Budaya Anda di Galeri Seni

aktiviti

Semua orang layak menghargai seni yang bagus. Tak kisah sama ada karya klasik mahupun karya moden kontemporari.

Tataplah karya-karya oleh seniman-seniman yang meluahkan jiwa raga mereka ke dalam pelbagai jenis bentuk karya seni, daripada karya lukisan kepada arca hinggalah instalasi seni. Kami yakin, anda mungkin akan keluar dari galeri dengan karya agung mana-mana seniman untuk dihiaskan di rumah anda.

Berhibur di Taman Tema

aktiviti

Kami tahu apa yang anda sedang fikirkan: “Taman tema? Dengan cuaca yang macam ni? Nak – nak tengah lapar ni”

Percayalah, ada banyak taman tema yang tak memerlukan anda meluang masa di bawah cuaca panas terik.Andai anda mahu sejukkan badan dan bermain dengan air, lawatilah taman tema air. Malah, bukankah tamparan angin ke muka ketika menaiki roller coaster juga boleh menyejukkan badan anda?

Menonton Teater Untuk Pengalaman Baru

aktiviti

Tahukah anda boleh menonton produksi teater Broadway atau West End tanpa perlu melancong ke New York atau London? Atau lebih menarik, adakah anda pernah menyaksikan produksi teater tempatan?

Apa-apa pun, boleh saja anda luangkan masa anda dengan menonton teater di waktu siang kerana harga teater di waktu siang lebih murah berbanding malam.

Penutup

Anda boleh buat pelbagai aktiviti pada siang hari dan pilih aktiviti yang tidak memakan kesemua tenaga yang ada dalam diri anda. Jika ia cukup menarik sehingga anda tidak terasa masa berlalu, maka itu sudah cukup untuk mengisi masa anda. Elakkan menghabiskan masa anda dengan tidur kerana kerap kali tidur boleh melenguhkan badan anda.

Artikel lain: Manfaat Kurma Kepada Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More