Soal Jawab Ustaz Fauwaz Fadzil Di Bulan Ramadan
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor merupakan Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau dilahirkan pada tahun Februari di Alor Setar, Kedah. Ustaz Fauwaz Fadzil memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah Di Universiti Al-Azhar, Mesir dan juga Ijazah Ilmiah Untuk Menyampaikan Kitab Kitab Fiqh.
Beliau sering kali menjawab soalan – soalan yang ditujukan oleh para netizen di laman Facebooknya. Dibawah merupakan beberapa soalan yang dituju kepadanya yang dipetik dari laman sesawang Utusan Malaysia
Isi Kandungan
Soalan
- Sah atau tidak solat tarawih sekiranya tidak membuat solat witir? Dan bolehkah baca surah yang sama dalam solat tarawih?
- Bolehkah kita berdoa ikut kehendak kita dalam solat tarawih? Atau kena ikut doa yang khusus?
(Fiza Ali, Gombak)
- Jika tidak menunaikan solat fardu apakah sia-sia jika solat tarawih?
- Betulkah orang bermusafir tidak perlu berpuasa? Dan kalau betul berapa jaraknya dan dalam keadaan yang bagaimana?
(Azman Zani, Jb)
Jawapan Ustaz Fauwaz Fadzil
- Sah solat tarawih tanpa melakukan solat witir cuma kurang cantiklah kerana solat tarawih adalah witir. Boleh membaca surah yang sama yang dibaca di dalam tarawih dibawa kepada witir.
- Boleh sahaja berdoa dengan apa-apa yang kita ingin dan hajatkan selagi mana doa kita itu bukan membawa kepada maksiat.
- Seseorang yang tidak melakukan solat wajib tapi dia menunaikan solat sunat sebenarnya dia ditipu oleh syaitan. Walaupun pahalanya dapat cuma tidak sama dengan pahala wajib yang mungkin ditolak pahala solat sunat apabila ditimbang kedua-dua pahala tersebut.
- Orang bermusafir tak wajib berpuasa namun boleh berpuasa. Jarak marhalah untuk mengharuskan berbuka puasa adalah dua marhalah.
Artikel lain: Tips Cara Lebih Produktif di Tempat Kerja