Permohonan Program Pembangunan Profesional 2021
MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat profesional di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka melalui Permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 (Pro-P) kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan untuk keperluan negara.
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 16 April sehingga 03 Mei 2021.
Bidang Pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:
- Persediaan/Foundation : ACCA Foundation in Accountancy (AFIA)
- Diploma Perakaunan/ACCACAT/Lulus Matrikulasi/STPM/SPM : Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- Profesional/Pakar :
- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)/Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/ Institute Of Chartered Accountant (ICAEW) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)
- Anaesthesiology, Clinical Oncology, Emergency Medicine, Family Medicine, Forensic Medicine, General Surgery, Internal Medicine, Neuro Surgery, Nuclear Medicine, Obstetrics & Gynaecology, Ophthalmology, Orthopaedic Surgery, Otorhinolaryngology, Paediatric, Paediatric Surgery, Pathology, Plastic Surgery, Psychiatry, Public Health, Radiology, Rehabilitation Medicine
- Oral Surgery, Orthodontic, Periodontology, Paediatric Dentistry, Restorative Dentistry, Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic Dentistry
- Lain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Program Pembangunan Profesional 2021 MARA
Syarat Am:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
- Persediaan Foundation / Diploma: Tidak Melebihi 35 tahun (dalam negara)
- Ijazah Sarjana Muda : Tidak Melebihi 40 tahun (Dalam Negara) / Tidak Melebihi 35 tahun (Luar Negara)
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
Syarat Khusus
Sila rujuk syarat khusus berdasarkan kelayakan akademik setiap peringkat pengajian di pautan ini:
https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/GARIS-PANDUAN-PRO-P2021.pdf
Tarikh Permohonan Program Pembangunan Profesional 2021 MARA?
Permohonan akan dibuka bermula 16 April sehingga 03 Mei 2021.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my.
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai
pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.
Jumlah Tajaan / Elaun
Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada
pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
Bagi pengajian luar negara tajaan pinjaman pelajaran merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Penempatan, Elaun Pengangkutan (pergi & balik), Visa dan Insurans.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Program Pembangunan Profesional 2021 MARA, sila layari https://www.mara.gov.my/.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emelkan kepada [email protected]
Artikel lain: Permohonan Young Talent Development Program MARA