Tips Perlindungan Diri dari Covid-19 Semasa di ATM
Tips Perlindungan Diri : “dah gaji mahu keluar duit dari bank”
Ini antara luahan rakyat Malaysia pada hari ini. Dalam tempoh kawalan pergerakan yang di isytiharkan oleh kerajaan pada ketika ini ramai yang akan mengeluarkan wang dari mesin ATM. Penting untuk anda mengamalkan kebersihan tangan, kerana virus covid-19 ini merebak melalui sentuhan. Semasa mengeluarkan wang juga anda perlu patuhi “social distance” 1 meter seperti yang di sarankan oleh kerajaan.
Tips Perlindungan Diri
Di sini kami sertakan tips untuk anda sebagai persediaan awal, yang di kongsi oleh seorang pengguna whatsapp. Anda hanya perlu sediakan sebatang pen , sehelai tisu kering dan sehelai tisu basah anti-bacteria.
1) Bungkus hujung pen menggunakan tisu kering
2) Tekan butang skrin menggunakan pen yang telah dibungkus
3) Setelah selesai , buang tisu yang telah digunakan.
4) Lap tangan menggunakan tisu basah anti-bacteria
5) Buang tisu tersebut dan anda pulang ke rumah segera. Sesampai anda dirumah terus basuh tangan menggunakan sabun selama 20 saat mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Itu antara tips yang anda boleh praktikkan semasa ingin melakukan urusan di ATM/CDM. semoga kita semua terhindar dari virus covid-19 ini. Sentiasalah menjaga kebersihan diri dan patuh perintah kawalan pergerakan sehingga 14 april 2020.
#stayathome