Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Seorang ibu Cipta Pelbagai Aktiviti Untuk Anaknya Semasa PKP

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) baru-baru ini membuktikan ramai antara kita sebenarnya kreatif. Seorang ibu anak satu yang juga penulis buku popular keibubapaan Puan Adlil yang mengambil inisiatif untuk hasilkan aktiviti menarik di rumah demi anak kesayangan.

Siapa tak kenal dengan nama Adlil Rajiah yang satu ketika dahulu pernah hadapi masalah anaknya Ashraf Haikal disahkan menghidap Excessive Screen Exposure oleh pakar psikiatri kanak-kanak berikutan pendedahan skrin dan gajet berlebihan.

Sejak dari situ segalanya berubah.

ibu bapa

Dan paling menakjubkan wanita ini sudah pun berjaya menulis tiga buku bercirikan ‘parenting’ iaitu 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel WarnaWhy So Serious Parents dan Parents Welcome To My World!

Puan Adlil berkongsikan pelbagai aktiviti yang bolehkan anaknya penuhi masa bosan sepanjang tempoh PKP, aktiviti yang penuh keseronokan ini juga dapat digunakan bagi ibu bapa yang masih bingung dan tak tahu apa nak buat dengan anak di rumah.

Jom kita lihat apa idea ibu kreatif ini berjaya cipta demi mengelakkan kebosanan yang melanda.

  1. Cari satu dinding rumah yang lapang, tampal kertas majong di seluruh permukaan dinding, dan bagi anak conteng sepuas-puasnya guna krayon, marker, pensel warna. Jangan lupa untuk tukar kertas bila dah penuh diconteng.
  2. Cari cawan atau mug yang plain, dan beri anak lukis atas mug tu menggunakan permanent marker. Saya ada banyak mug besar warna putih yang saya bagi Haikal lukis dan deco. Dan setiap pagi, saya akan buat kopi dalam mug yang Haikal dah lukis. Walaupun kadang-kadang entah apa-apa yang dia lukis. Tapi sebab saya tahu ini adalah salah satu cara paling mudah untuk saya bina self-esteem dia, so why not? Dan Haikal lebih pandai menghargai, bila nampak saya hargai hasil tangan dia. What we appreciate, appreciates. Kan?
  3. Ada banyak T-shirt plain? Haa apa lagi? Ajak la anak lukis atas Tshirt tu! Untuk lebih fun, make it this way: Minta anak lukis atas Tshirt kita, dan kita lukis atas Tshirt anak. Selesai lukis, bagi kering, dan sama-sama pakai.
  4. Lukis dan warna sama-sama atas plain blanket atau pillow case. Ya saya tahu, by this time, mesti korang rasa macam, DAH KENAPA SEMUA BENDA NAK KENA CONTENG NI? Macam yang saya cakap tadi, pilih la mana-mana yang kau suka. Tak perlu pun conteng semua benda. Tapi kalau saya, buat je. Sebab, why not?
  5. Buat cupcake dan ajak anak deco toppings sama-sama. Kalau malas nak bake sendiri, beli je cupcake plain yang dah siap, then ajak anak deco toppings je. Settle. Cupcake boleh simpan dalam peti. Boleh buat breakfast keesokan harinya.
  6. Ajak anak basuh kereta, atau basuh motor, atau basuh basikal. Motif utama bukan nak membasuh sangat. Tapi nak main air dengan anak. Sebab do you know that water play sebenarnya boleh boost good emotions dan self-esteem anak juga? Yass! Takpun, kalau tak nak basuh kereta, basuh je bilik air! Life skill tuu.
  7. Ajak anak spring clean almari baju atau almari mainan dia. Sorting sama-sama, mana yang dia masih pakai, dan mana yang tak. Yang dah tak pakai, boleh buang atau bagi orang lain yang mungkin memerlukan. Boleh ajar anak sense of giving di situ.
  8. Role playing. Mak bapak berlakon jadi anak, anak berlakon jadi mak bapak. Switch role. Kat sini kau akan lihat betapa terer nya anak berlakon jadi kau. Baru tahu betapa hodohnya bahasa dan perangai kita bila marah anak.
  9. Ajak anak buat simple exercise yang tak perlukan apa-apa equipment. Pasang instrumental muzik rancak, then buat la apa-apa movement yang senang anak nak ikut. Benda yang paling kita taknak berlaku masa PKP ni ialah badan yang TAK BERGERAK. Sebab inactive body leads to inactive brain. So kena paksa badan bergerak. As your body moves, your brain grooves!
  10. Introduce anak dengan permainan tradisional. Contoh: congkak, ceper, batu Seremban, etc. Dulu saya tak pernah terfikir nak introduce Haikal dengan permainan tradisional. Sebab bagi saya, permainan tu semua bukan zaman dia. Tapi masa balik kampung beberapa bulan lepas, mak saya ajar Haikal main congkak, dan adik-adik saya ajar haikal main ceper. And surprisingly, HAIKAL SANGAT SUKA. Dan sampai sekarang congkak dan ceper dah jadi aktiviti harian dia.
  11. Ok ni last pilihan yang korang ada, kalau rasa semua 36 aktiviti tadi menyusahkan. Download je PDF Haikal’s Game Book yang ada 60 mukasurat untuk setiap game. Hanya perlu download dan print, dan buatlah sampai lebam. Boleh dapatkan kat sini: https://www.sogeliga.com/printables

Haaa tu dia… bukan main banyak lagi idea yang Puan Adlil suggest untuk parents di luar sana. Semoga lepas ni tak ada lagi rasa lost atau stuck bila nak beraktiviti di rumah. Pilih je mana yang best. Paling best buat je semua.

Sumber Harianpost

Artikel lain: Pengeluaran kompaun perlu ikut garis panduan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More