Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Cara Permohonan dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk Kategori B40 & M40

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Ia melibatkan pemberian wang tunai yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Berikut adalah info lanjut tentang BPN, kelayakan, serta cara membuat permohonan.

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN Bantuan Prihatin Nasional BPN

Kategori yang layak menerima adalah seperti berikut:

A. Bantuan Prihatin Nasional Kategori B40

1) Isi Rumah

  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas) dan
  • Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

B. Bantuan Prihatin Nasional Kategori M40

Kategori yang layak menerima BPN M40  adalah pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM dengan berstatus seperti berikut:

1) Isi Rumah

  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian dan
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

2) Bujang

  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
  • Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

JUMLAH BAYARAN Bantuan Prihatin Nasional BPN YANG AKAN DITERIMA

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:I

A. Kategori B40 (Isi Rumah berpendapatan RM0 – RM4,000)

  • Bayaran pertama RM1,000 (April)
  • Bayaran kedua RM600 (Mei)

B. Kategori M40 (Isi rumah berpendapatan RM4,001 – RM8,000)

  • Bayaran pertama RM500 (April)
  • Bayaran kedua RM500 (Mei)

C. Bujang berpendapatan RM0 – RM2,000

  • Bayaran pertama RM500 (April)
  • Bayaran kedua RM300 (Mei)

D. Bujang berpendapatan RM2,001 – RM4,000

  • Bayaran pertama RM250 (April)
  • Bayaran kedua RM250 (Mei)

KAEDAH BAYARAN Bantuan Prihatin Nasional BPN

A. Kategori B40

Kaedah bayaran BPN B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun atau

2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

B. Kategori M40

Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan

2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah

3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PENERIMAAN BPN

Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan dan

2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

Bagi yang belum mendaftar atau tiada nama dalam rekod, anda boleh mula membuat permohonan bermula 1 April 2020 di ketiga-tiga laman web di atas SAHAJA.

Untuk maklumat lanjut, lawati terus laman web berkenaan atau hubungi nombor telefon 03-8829098 l 9087 / 9191 scan QR code di bawah ini.

Official Cara Permohonan dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk Kategori B40 & M40 1

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More