Cara Daftar BSN Online Untuk Pertama Kali -myBSN
Apakah BSN Online- myBSN?
My BSN online merupakan platform atau portal yang memberi peluang kepada semua pelanggan BSN untuk membuat urusan secara atas talian. Portal ini dibina adalah untuk memudahkan pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) membuat urusan berkaitan secara atas talian tanpa datang ke bank secara fizikal.
Antara kelebihan BSN Online adalah:
- Pemindahan Dana
- Semak Rekod Transaksi
- Pembayaran Pinjaman
- Pembayaran Bil
- pembelian Sijil Simpanan Premium (BSN)
Sebelum mebuat pendaftaran BSN online , anda semua perlu memastikan mempunyai dokumen yang diperlukan seperti:
- Mempunyai akaun dengan BSN
- Mempunyai Kad ATM BSN
- No Pin ATM
Isi Kandungan
Cara Daftar BSN Online-my BSN
- SIla layari portal rasmi BSN https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Untuk mendaftar keahlian baru di portal diatas, Sila tekan butan Register
- Baca kesemua terma & syarat yang ditulis di dalam portal sebelum anda tekan ✓ pada kotak ruangan Accept
- Seterusnya, Klik pada Next
- Masukkan No. Kad Bank, No CVV2 (iaitu nombor 3 digit)dan tarikh luput kad yang berada di bahagian belakang kad bank anda.
- Isi No I/C anda dan tekan Next untuk ke halaman seterusnya
- Masukkan Username dan Pasword anda
- Masukkan pasword anda sekali lagi uuntuk pengesahandi ruangan Confirm New Pasword
- Klik Request OTP dan masuk dan sahkan nombor telefon yang telah anda daftarkan untuk akaun BSN dan klik Confirm
- Kod OTP takan dihantar ke no telefon yang telah anda daftarkan dengan BSN
- Pastikan anda pilih satu imej pilihan dalam Online Image sebagai pengesahan anda setiap kali anda login MyBSN.
- SIla tekan butang Submit dan anda telah berjaya mendaftar BSN online.
Cara Login BSN Online Untuk Pertama Kali
Selepas selesai daftar BSN online banking, kita dah bolehlah gunakan perkhidmatan internet banking seperti membuat semakan baki akaun, penyata bank, pembelian dalam talian, pemindahan atau pengeluaran, dan sebagainya.
Ikuti langkah di bawah untuk log masuk buat kali pertama :
- SIla layari portal rasmi BSN https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Isi Username yang telah anda daftarkan sebelum ini
- Tekan Login untuk ke halaman seterusnya
- Pastikan anda memilih Online Image yang telah anda daftarkan sebelum ini
- Isi Password yang telah didaftarkan
- Kemaskini maklumat peribadi anda
- SIla pilih soalan dan jawapan rahsia anda dan pastikan anda ingat apa yang amda pilih
- Berjaya!!! anda kini telah boleh menggunakan perkhidmatan myBSN
Maklumat Lanjut
Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).
Cara Daftar BSN Online Untuk Pertama Kali ini adalah satu kaedah pemudahcara bagi pemegang akaun BSN untuk lebih mudah dan praktikal. Ianya selaras dengan arus teknolog yang semakin berkembang di seluruh dunia.
Adakah applikasi ini memberi manfaat sebagai pemudahcara untuk anda?
Sila cuba dah alami sendiri. Ianya salah satu inisiatif dari pihak BSN untuk kita untuk buat kerja transaksi seharian.