Platform Aduan Jenayah Siber: Monster Among Us
Isi Kandungan
Predator mudahkan kanak-kanak lapor jenayah siber
Melihatkan semakin ramai kanak-kanak menjadi mangsa jenayah siber, mendorong organisasi belia, ‘Monsters Among Us’ mewujudkan ‘chatbot’ iaitu platform untuk mangsa membuat aduan.
‘Chatbot’ automatik dikenali sebagai Lapor Predator itu yang pertama di negara ini bertujuan menangani kes eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.
Pengasas ‘Monsters Among Us’, Firzana Redzuan, berkata Lapor Predator adalah alat membuat laporan dalam talian untuk membanteras jenayah seksual kanak-kanak supaya mereka dapat melayari internet dengan selamat.
Katanya, ini kerana pemangsa seksual berada di mana-mana sahaja dan lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik COVID-19 apabila penggunaan internet meningkat mendadak.
“Jelas menunjukkan kanak-kanak masih tidak selamat ketika berada rumah dan luar rumah ketika gajet.
“Justeru, kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual ini dialu-alukan membuat laporan menerusi Lapor Predator sama ada mahu menggunakan nama sendiri atau nama samaran bagi melindungi identiti,” katanya dalam satu kenyataan.
Firzana berkata, mangsa boleh memilih untuk membuat laporan di Lapor Predator menerusi dua cara, iaitu secara automatik atau bercakap sendiri dengan pegawai bertugas.
Katanya, laporan yang diterima berserta bukti kukuh itu kemudian akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
“Saya yakin apabila ramai mangsa berani tampil membuat laporan dengan cara ini, persekitaran internet akan menjadi lebih selamat daripada sebarang jenayah siber terutama terhadap kanak-kanak,” katanya.
Kajian menunjukkan Malaysia mempunyai jumlah tertinggi mengakses bahan penderaan kanak-kanak di Asia Tenggara dengan lebih 20,000 alamat Internet Protokol (IP).
Katanya, statistik yang membimbangkan itu menunjukkan kanak-kanak berisiko menjadi mangsa jenayah siber.
“Dengan adanya Lapor Predator wujud ruang selamat untuk kanak-kanak menjadi mangsa melaporkan jenayah terhadap mereka.
“Kita faham mungkin mangsa takut dan malu membuat laporan polis jadi dengan adanya Lapor Predator, saya berharap mereka akan tampil membuat laporan,” katanya.
Baru-baru ini ‘Monsters Among Us’ yang memerangi penderaan seksual terhadap kanak-kanak melalui advokasi, pendidikan dan pembabitan masyarakat, melancarkan Lapor Predator secara maya.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Lapor Predator boleh mengunjungi laman sosial Instagram @monstersamongus_my
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Predator mudahkan Kanak-Kanak lapor Jenayah Siber ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.