Empat Bantuan Prihatin Nasional Secara ‘One-Off’
boleh cek di website BSH
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang berjumlah RM250 bilion telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bantuan Prihatin Nasional ini akan memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini.
Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pengumuman Bantuan Prihatin Nasional secara one-off kepada empat golongan termasuk mereka yang memegang status M40.
Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan yang paling ditunggu-tunggu, ini kerana bantuan tunai ini secara langsung akan sampai kepada rakyat. Melalui pengumuman Bantuan Prihatin Nasional tadi, bantuan tunai secara one-off akan diberikan kepada empat golongan termasuk golongan M40.
Pembayaran “One Off” ini akan diberikan secara sekali bayar kepada golongan sasaran iaitu rakyat, golongan B40 dan juga M40.
Bantuan secara one-off ini juga akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.
Isi Kandungan
4 Bantuan Prihatin Nasional Secara Tunai “One Off” Untuk Diberikan Terus Untuk Manfaat Rakyat
4 Bantuan Prihatin Nasional Untuk Rakyat
Di bawah merupakan 4 Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan kepada rakyat secara tunai. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada semua isi rumah termasuk golongan bujang.
1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.
Pertama, Bantuan sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.
2. Berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.
Kedua, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.
3. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.
Ketiga, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.
4. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan
Keempat, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.
Siapa Yang Layak Terima Bantuan Prihatin Nasional ?
Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.
- Kahwin; atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
- Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Bujang B40
- Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
- Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah
Isi rumah M40
- Kahwin; atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
- Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Bujang M40
- Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
- Had umur 21 tahun ke atas; dan
- Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
KAEDAH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.
Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:
- Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
- Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
- Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:
- Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
- Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
- Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir