[ Contoh RPH/Catatan Ringkas PKP ] Guru Tak Perlu Buat RPH Lengkap. Cukup Catatan Ringkas
RPH semasa cuti PKP ini nampaknya menjadi isu atau masalah yang rumit juga buat masa sekarang. Mungkin kerana ini pertama kali kita hadapi perkara ini dan semua benda kelihatan agak kabur. Ya, itu biasa kerana kita dalam proses belajar dan adaptasi kepada suasana yang berlaku. Namun begitu, kita cuba ikut apa yang paling tepat dan apa yang balik baik dilakukan dengan mengambil kira suasana semua pihak.
Cuba baca kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Pendidikan Melaka ini.
Walaupun tujuan surat ini untuk pendidik di Melaka, tetapi maksud dapatan dan teguran ini sesuai dijadikan panduan semua.
Dan jika anda pentadbir, mudahkan urusan semua anak buah anda. Jangan dipersulitkan. Ujian yang menimpa kita ini tak siapa minta. Doakan Covid-19 berlalu dengan segera demi kelangsungan pembelajaran anak-anak kita.
Ambil Perhatian :
Rujukan utama tetap berpandukan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020 : Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19.
Ini sebenarnya untuk menjawab lebih details mengenai pemberitahuan di dalam Surat Siaran KPM Bil.3 seperti dibawah ini.
Jadi dah jelaskan? Ya, memang di dalam Surat Siaran tersebut ada menyatakan perlu buat RPH ringkas, tetapi ianya bukanlah untuk susahkan guru dan yang penting proses pembelajaran yang dilakukan guru juga sebenarnya mudah sahaja. Ianya tidak wajib sehingga menyusahkan guru, ibubapa murid, dan murid. INGAT!
Contoh RPH Semasa PKP (Musim Covid19)
Download Contoh RPH Semasa PKP yang disediakan oleh Cikgu Malek ini.
Terima kasih Cikgu Malek atas inisiatif perkongsian contoh catatan ringkas RPH ini. Semoga terus maju jaya hendaknya.