Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Permohonan rayuan BPR Fasa 2 mulai 15-30 Jun 2021. Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.
Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.
Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Isi Kandungan
Tarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Untuk makluman, anda boleh membuat rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.
Permohonan Rayuan BSH 2020 dengan mengikuti langkah berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
- Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
- Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
- Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
- Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Kategori Permohonan / Rayuan BPR Fasa 2
Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :
Isi Rumah
- Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
- Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
- Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
- Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun
Syarat Kelayakan BPR
Kategori Isi Rumah BPR
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
- Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
- Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
- Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
- Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Kategori Bujang BPR
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
- Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU
Artikel lain: SOP PKP 3.0 Di Selangor 6 Mei Sehingga 17 Mei