Cara Penebusan Bantuan Jaringan RM180 dan RM300 Digi, Celcom, Maxis, Tunetalk, Umobile, Unifi dan YES
Disini kami kongsikan cara Penebusan Bantuan Jaringan. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Bantuan Kredit Telekomunikasi RM150 dan Bantuan Telefon Pintar RM300 yang akan diberikan kepada mereka yang layak menerima BPR.
Isi Kandungan
Senarai Penebusan Bantuan Jaringan
Bantuan ini diberikan dalam bentuk rebat dan anda perlu memohon terus di mana-mana syarikat telekomunikasi seperti berdaftar:
- Celcom
- Maxis
- Digi
- TuneTalk
- Umobile
- Yoodoo
- Unifi
- YES
Program Jaringan Prihatin rebat 180 (kredit telekomunikasi) dibuka kepada individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak bawah umur 18 tahun.
Manakala Program Jaringan Prihatin rebat 300 (telefon pintar) pula dibuka kepada individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun
Bagi mereka yang layak menerima Bantuan BPR, kelulusan adalah automatik. Anda hanya perlu membuat penebusan di syarikat telekomunikasi masing-masing sebelum 31 Julai 2021.
Untuk memudahkan penebusan, sila install apps Telekomunikasi masing-masing. Anda hanya boleh menebus sekali sahaja walaupun anda mempunyai banyak nombor telefon.
Rujuk cara penebusan dibawah:
Pendaftaran & Penebusan Bantuan Jaringan
Untuk pengguna prabayar, setiap telco menawarkan rebat sebanyak RM15 selama 12 bulan yang ditawarkan dalam bentuk rebat kredit dengan membeli pas internet bulanan terpilih.
Manakala untuk pascabayar pula, setiap syarikat telekomunikasi menawarkan dua pilihan iaitu penawaran rebat RM300 / RM180 untuk pembelian telefon dan penawaran rebat RM25 sebulan selama 12 bulan atau rebat RM15 sebulan selama 12 bulan.
Berikut merupakan cara penebusan bantuan jaringan bagi setiap syarikat telekomunikasi:
Bantuan Jaringan Prihatin Celcom
- Semak kelayakan anda.
- Tebus menerusi langganan pelan atau peranti melalui apps Celcom Life.
- Tebus 2GB internet harian, setiap hari selama 1 tahun melalui aplikasi Celcom Life.
- Untuk rebat RM180 / RM300, sila tebus menerusi Celcom Life sekiranya anda pelanggan Celcom sedia
Rujuk website Jaringan Prihatin Celcom
Bantuan Jaringan Prihatin Maxis
- Buka aplikasi Hotlink atau Maxis, kemudian klik “Beli”.
- Klik pautan “Jaringan Prihatin” & Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Tunggu pengesahan SMS.
- Buka balik apps Hotlink atau Maxis & Klik “Beli”.
- Klik pautan “Jaringan Prihatin” & klik “Lihat Pas Bulanan”.
- Pilih pas internet yang telah disubsidikan & tunggu pengesahan SMS.
Rujuk website Jaringan Prihatin Maxis
Bantuan Jaringan Prihatin DIGI
- Semak kelayakan dengan kad pengenalan.
- Daftar utuk Jaringan Prihatin.
- Tebus tawaran Jaringan sama ada rebat pelan RM150 atau rebat peranti RM300
Rujuk website Jaringan Prihatin DIGI
Bantuan Jaringan Prihatin TuneTalk
- Muat turun / buka aplikasi TuneTalk.
- Semak kelayakan & teruskan pendaftaran.
- Pilih pelan subsidi pakej data atau pakej peranti & tunggu pengesahan.
Rujuk website Jaringan Prihatin Tunetalk
Bantuan Jaringan Prihatin UMobile
- Download apps MyUMobile
- Masukkan nomboer telefon dan nombor kad pengenalan untuk mendaftar.
- Pilih ‘Subsidi Pelan’ & teruskan untuk pendaftaran.
- Tunggu pengesahan SMS.
Rujuk website Jaringan Prihatin UMobile
Bantuan Jaringan Prihatin Yoodoo
- Download app Yoodo & pilih jaringan Prihatin untuk mendaftar.
- Semakan kelayakan akan dilakukan & status kelayakan akan diberitahu serta-merta.
- Dapatkan sehingga 80GB hanya dengan RM20 setiap bulan! *tertakluk pada terma & syarat.
Rujuk website Jaringan Prihatin Yoodoo
Bantuan Jaringan Prihatin YES
Terdapat dua pelan berbeza yang ditawarkan iaitu YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga (subsidi RM300) yang membolehkan pelanggan menerima telefon pintar dan data 30GB manakala pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu (subsidi RM180) pula membolehkan pelanggan menerima telefon pintar, data 15GB, baucar Shopee RM50 dan akses kepada aplikasi pendidikan untuk tempoh 12 bulan secara percuma.
Makna kata dengan pelan YES, anda boleh menebus mana-mana pelan dan mendapat sebuah telefon pintar percuma.
1. Layari portal Jaringan Prihatin YES dan pilih pelan RM180 atau RM300 dan klik pada ‘Tuntut Sekarang’
2. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.
3. Download app MyYes.
4. Pilih pelan subsidi & klik seterusnya.
5. Semak semua maklumat & klik hantar.
Semoga info berkaitan Cara Penebusan Bantuan Jaringan RM180 dan RM300 dapat membantu anda sedikit sebanyak. Jika anda sudah membuat penebusan, kami cadangkan anda juga harus mengetahui 5 tips mudah untuk melajukan wifi di rumah ini. Hal ini sangat penting bagi mengelakkan proses pembelajaran dan juga kerja tidak tergendala disebabkan internet yang lemah. Moga dapat membantu anda semua dan pastikan anda merebut segera bantuan baringan prihatin ini.