Semakan Status dan Kemaskini Akaun Bank GKP Tambahan PERMAI
![](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/05/tcer470-750x430.jpg)
Bagi mereka yang permohonan GKP Tambahan PERMAI mereka diluluskan namun berstatus Gagal Kredit, mereka perlu mengemas kini maklumat akaun bank mereka dengan segera.
Pengemaskinian akaun bank perlu dibuat mulai 5 Mei sehingga 19 Mei bagi membolehkan urusan pembayaran semula dapat dilakukan terhadap akaun bank mereka. Semakan status dan kemaskini akaun bank perlu dibuat melalui portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi usahawan untuk menerima GKP Tambahan PERMAI ialah:
- Usahawan tersebut iaitu pemilik PKS mikro merupakan warganegara Malaysia
- Usahawan terbabir masih aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan mereka belum ditutup.
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan mereka adalah kurang daripada RM300,000.
- Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan mereka adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.
Di samping itu, usahawan tersebut juga perlu berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan iaitu:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
Cara Membuat Semakan Status
Untuk membuat semakan status GKP Tambahan PERMAI, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.
- Masukkan no. kad pengenalan.
- Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
- Masukkan angka Captcha dan klik butang ‘Semak.’
- Keputusan GKP Tambahan dipaparkan.
Cara Kemaskini Akaun Bank
Untuk mengemaskini akaun bank, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Log Masuk.’
- Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Masukkan kata laluan.
- Klik profil dan kemaskini akaun bank.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai GKP Tambahan PERMAI, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).
Artikel lain: Apa Beza GKP 3.0 dan GKP Tambahan Permai? Ramai Yang Keliru