Semakan Nombor Baucar BPR Fasa 2 Untuk Penerima Tunai (Dari 17 Mei)
Cara Semakan No Baucar BPR Fasa 2 Bagi Penerima Tunai / Tiada Akaun Bank / Gagal Kredit
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bayaran BPR fasa 2 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak bermula 7 hingga 12 Mei.
Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.
Isi Kandungan
Cara Semakan No Baucar BPR Fasa 2
Berikut dikongsikan cara membuat semakan no baucar BPR Fasa 2:
- Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan nombor MyKad anda di ruang kosong
- Tekan butang ‘Semak’
- Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.
- Berikut ialah maklumat yang dipaparkan.
- Nama
- Fasa
- Jumlah bayaran
- Status kredit
- Tarikh tunai
- Nama tunai bank
- Nama bank
- No akaun bank
- Kod tidak berjaya
- Nombor baucar
- Sila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian tersebut.
No baucar ini boleh disimpan dalam handphone dan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan.
Tempoh Rayuan BPR Fasa 2
Jika anda tidak lulus Fasa 2 tetapi lulus Fasa 1 tanpa alasan yang munasabah, anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LHDN.
Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Baca juga: Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 (Mulai 15-30 Jun 2021)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Artikel lain: Permohonan Latihan Kemahiran IPC Marii