Berita Palsu tentang Varian terbaru Covid-19 Singapura
SINGAPURA – Singapura menggunakan undang-undang maklumat palsu hari ini untuk mengarahkan Facebook dan Twitter memberi amaran kepada pengguna berhubung apa yang dikatakan pemerintah sebagai dakwaan palsu kemunculan varian baharu Covid-19 yang berbahaya di pulau itu.
Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal mendakwa di media sosial minggu ini bahawa variasi baharu Covid-19 muncul di Singapura dan berisiko mencetuskan gelombang jangkitan baharu di India sekali gus menggesa larangan penerbangan dilaksanakan.
Bagaimanapun, Singapura menafikan dakwaan tersebut yang dianggap tidak berasas.
Pemerintah Singapura menyatakan bahawa ia yang dikesan dan bertanggungjawab menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di pulau itu sebenarnya berasal dari India.
“Tiada varian Singapura berhubung wabak Covid-19.
“Ia yang makin merebak yang dikesan di Singapura ini berasal dari India,” kata pemerintah dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, dakwaan berhubung varian Singapura itu mula tersebar di internet dan mendorong pemimpin Singapura mengarahkan Facebook dan Twitter menyiarkan amaran mengenainya.
Pengguna Facebook di Singapura menerima notis amaran tersebut.
Sumber AFP
Artike lain: Penafian Berita Palsu Tular Di Sosial Media