Malaysia Gesa Dunia Tumpu Bantuan Kemanusiaan di Palestin
KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin susulan gencatan senjata Israel-Hamas pada lewat Khamis.
Mesir bertindak sebagai orang tengah untuk perjanjian gencatan senjata itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi Twitternya pada Jumaat berkata:
“Sekarang kita perlu tumpukan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin”.
Kabinet Keselamatan Israel pada Khamis bersetuju menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
Seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu.
“Serangan Israel telah menyebabkan ratusan orang terkorban dan ribuan lagi cedera.
“Kita menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa,” tambah Hishammuddin.
BERIKUT disenaraikan lima saluran di mana rakyat Malaysia boleh turut serta menghulurkan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin yang diserang di bumi Gaza.
- Persatuan Cinta Gaza Malaysia
- Maybank : 5648 1050 7826
- Diketuai Nadir Al-Nuri, Ketua Pegawai Eksekutif
- Giat salur bantuan dengan #SaveAlQuds
- Global Peace Mission Malaysia (GPM)
- Maybank Islamic : 5642 2161 1602
- Bank Islam : 1402 3010 0292 24
- Gerakan bantah pengisytiharan perang oleh Amerika Syarikat dan sekutu
- Giat berkempen #AlAqsaUnderAttack
- MAPIM
- Maybank : 5628 3463 6620
- Dr. Sani Araby, pengasas dan penasihat bagi NGO ini
- Malaysia For Syria (MFS)
- Maybank : 5648 1051 3971
- Bank Islam : 1421 0010 0098 82
- Juga dikenali sebagai (MLL4S)
- Syahrir Azfar Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif pertubuhan ini
- Muslim Volunteer Malaysia ( MVM)
- Maybank : 5648 0164 7699
- Bank Islam :1230 0010 0030 65
- CIMB Bank : 8602 5378 07
- Mula aktif sejak pertengahan 2014
Sumber Sinar Harian
Artikel Penuh : Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA