Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM
Pembangunan sistem penyata pencen JHEV adalah sebagai platform bagi veteran ATM membuat semakan penyata pencen atas talian pada bila-bila masa yang diperlukan.
Sistem yang dibangunkan ini akan menggantikan sistem penyata pencen yang lama.
Isi Kandungan
Kebaikan Sistem Online JHEV
Antara kebaikan sistem online ini adalah:
- Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
- Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
- Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
- Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.
Cara Pendaftaran
- Pergi ke URL berikut;
http://penyata.jhev.gov.my/penyata/ - Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.
Tekan pada menu Pendaftaran. - Isikan maklumat yang diperlukan. Kemudian, tekan hantar.
- Selepas tekan hantar kemudian tekan OK.
- Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi.
- Simpan kata laluan yang tertera bagi memudahkan untuk anda login ke dalam sistem.
- Tekan butang [Kembali].
Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM
- Layari Portal JHEV SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
- Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
- Pilih TAHUN PENYATA.
- Masukkan kod pengesahan.
- Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
- Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.
Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2021
Jadual pembayaran pencen tahun 2021 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:
- Januari : 21 / 01/ 2021
- Februari : 08 / 02/ 2021
- Mac : 15 / 03 / 2021
- April : 20 / 04 / 2021
- Mei : 05 / 05 / 2021
- Jun : 10 / 06 / 2021
- Julai : 12 / 07 / 2021
- Ogos : 18 / 08 / 2021
- September : 21 / 09 / 2021
- Oktober : 21 / 10 / 2021
- November : 18 / 11 / 2021
- Disember : 16 / 12/ 2021
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/ masalah berkaitan sistem ini, sila emel kepada [email protected]
NOTA: Urusan persaraan tentera tidak dilaksanakan oleh pihak Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA mahupun KWAP.
- Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Jun 2021
- Tuntutan MySalam Perlindungan dan Semakan
- Permohonan Biasiswa MBAM 2021