Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Temujanji dan Borang Transaksi Tabung Haji Online

Bagi membantu membendung penularan wabak dengan lebih berkesan, semua operasi dan perkhidmatan kaunter Tabung Haji adalah melalui sistem temujanji sahaja dalam fasa PKP 3.0 ini, iaitu mulai 25 Mei 2021.

Waktu janji temu adalah mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang (waktu operasi kaunter terhad) di cawangan-cawangan yang terpilih.

Temujanji & Borang Transaksi Tabung Haji Online

Isi Kandungan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Untuk Urusan Temujanji Tabung Haji

Perkhidmatan yang ditawarkan untuk urusan janji temu seperti berikut:

  • Pindahan Telegrafik
  • Pembatalan Haji
  • Pindahan Simpanan
  • Kemaskini Profil Peribadi
  • Pusaka Hibah/Amanah
  • Simpanan
  • Pengeluaran
  • Virtual Account Opening (VAO)

Semasa hadir untuk urusan janji temu, sila pastikan tuan/puan sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (face mask) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.

Tuan/puan perlu mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod Quick Response (QR)  menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis.

Cara Membuat Temujanji Tabung Haji (TH) Online

Cara membuat temujanji Tabung Haji secara online adalah seperti berikut:

  1. Rujuk senarai cawangan Tabung Haji yang beroperasi di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/operasi-pejabat-cawangan-th
  2. Layari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/form/borang-temujanji
  3. Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.
  4. Pilih tarikh dan waktu mengikut masa beroperasi.
  5. Tekan butang Hantar.
  6. Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan.

Borang Transaksi TH Online

Berikutan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat, pendeposit digalakkan merancang sekiranya perlu berurusan di TH.

Temujanji & Borang Transaksi Tabung Haji Online

Muat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter. Urusan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.

Muat Turun Borang :

i) Borang Simpanan. Maklumat lanjut

ii) Contoh borang Hibah Amanah THMaklumat Lanjut

iii) Borang Kelab TaHa & TaHa@UMaklumat Lanjut

iv) Urusan Haji

Untuk melihat senarai penuh dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.

Maklumat Lanjut

Jika ada soalan yang ingin ditanyakan, anda boleh hubungi pihak yang bertugas bagi mendapat maklumat lanjut:

Telefon : +603-6207 1919(THCC)
E-mel : [email protected]
Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/

Artikel lain:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More